PT Sans | Reset
A A

LAWATAN MUHIBAH DARIPADA PUSAT DAKWAH SERANTAU, YAYASAN AMAL MALAYSIA KE MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia. Rombongan seramai 23 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar ini diketuai oleh Encik Norazman bin Ishak, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang bersama Timbalan beliau iaitu Encik Noor Halim bin Md. Zain.

Kedatangan rombongan mereka ke MAINPP ini diraikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Man, Yang Dipertua MAINPP dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain, Timbalan Yang Dipertua MAINPP. Turut meraikan kedatangan mereka ini adalah Pengurus Baitulmal MAINPP iaitu Puan Putri Irhanan binti Sapeli.

Lawatan muhibbah ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkenaan dengan pengurusan dan pembangunan yang telah dijalankan di tanah-tanah wakaf di seluruh negeri Pulau Pinang. Perkongsian telah disampaikan melalui taklimat oleh Pengurus Baitulmal MAINPP.

Usai sesi taklimat, diadakan sesi soal jawab dan bertukar-tukar pandangan berkaitan kedua-dua agensi.

 

1 2
3 4
5  
offcanvas