PT Sans | Reset
A A

TAKLIMAT PROGRAM PENGAJIAN, PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (UIM)

Universiti Islam Malaysia (UIM) baru-baru ini telah berkunjung ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk menyampaikan taklimat pengajian, penyelidikan dan menjalinkan kerjasama bersama-sama MAINPP.

Kedatangan mereka diraikan oleh Pengurus Baitulmal, Puan Putri Irhanan Binti Sapeli beserta ketua-ketua bahagian yang lain. Majlis ini juga turut dihadiri oleh dua orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Encik Aizat Abu Bakar dan Mohd Fazly Bin Mohd Zaki.

Taklimat dimulakan oleh Pengarah Global Wisdom Academy (GWA), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub dan diselitkan juga tayangan video berkaitan sejarah penubuhan universiti tersebut.

Seterusnya, taklimat dan penerangan mengenai beberapa program pengajian yang ditawarkan oleh universiti ini diteruskan oleh Dekan Bahagian Akademik, Profesor Dr. Muhamad Abdul Hamid. Antara program-program yang ditawarkan adalah pengurusan wakaf, pengurusan risiko, kewangan korporat dan pengajian Al-Quran.

Majlis yang diakhiri dengan sesi soal jawab antara pegawai-pegawai dan bertukar-tukar cenderamata.

uim1 uim2
uim3  UIM5
 uim4  

 

 

offcanvas