logo mainpp

PROGRAM EKSPLORASI KEMBARA @TREASURE HUNT MAINPP 2016

Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), YBhg. Dato’ Abdul Halim Bin Hussain melapangkan masa untuk merasmikan program Eksplorasi Kembara @ Treasure Hunt MAINPP 2016 yang julung-julung kalinya dianjurkan bersama Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan, JHEAIPP.

Semua peserta berkumpul di Menara UMNO, Jalan Macalister dan dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), YBhg. Dato’ Abdul Halim Bin Hussain serta diikuti serba sedikit penerangan ringkas berkaitan perjalanan keseluruhan program ini oleh Encik Aizat Abu Bakar,dari Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan, JHEAIPP.

Sesi pelepasan telah dimulakan tepat jam 8.45 pagi dan sebanyak 9 kumpulan telah menyertai eksplorasi kembara ini dengan menaiki kenderaan masing-masing memulakan eskplorasi dari Jalan Macalister dan berakhir di Taman Negara, Teluk Bahang. Peserta yang terlibat perlu menyelesaikan beberapa soalan dan tugasan yang berkaitan dengan beberapa lokasi di sepanjang perjalanan eksplorasi, berjalan kaki melalui track dari Pintu Masuk Taman Negara ke pantai CEMAC, USM serta menyertai beberapa permainan yang menguji ketahanan fizikal dan semangat berpasukan.

Juara bagi Eksplorasi Kembara ini dimenangi oleh Kumpulan No.7 yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Encik Shahril Bin Shahrom. Naib juara pula dirangkul oleh Kumpulan No.5, Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman dan tempat ketiga oleh Puan Faridah Binti Ariffin Kumpulan No.9.



3 (1) 1 (1)
5 (1)

7 (1)

9 (1) 10 (1)
12 (1) 13
14 15