logo mainpp

MAJLIS PENYERAHAN SURAU MAAHAD AL-MASHOOR AL-ISLAMI, BALIK PULAU, PULAU PINANG

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menjalankan projek pembinaan sebuah surau setingkat di atas tapak Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami.

Majlis penyerahan ini yang diadakan di Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami dihadiri oleh Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Encik Samsulnizam Bin Zulkapli berserta pengetua sekolah tersebut, Encik Ishak Bin Harun.

Manakala MAINPP pula diwakili oleh Yang Dipertua MAINPP, YB. Dato' Hj. Mohd Salleh Bin Man, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim Bin Hussain dan Pengurus Projek, Puan Nur Afiqah Binti Sumari.

Secara ringkasnya, surau ini mula dibina pada 23 Jun 2015 dan Kontraktor Artera Bina Sdn. Bhd telah dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan projek ini. Dengan menggunakan pembiayaan dari MAINPP di bawah Peruntukan Tabung Pengecualian Pembinaan Surau Dan Masjid dengan kos keseluruhan berjumlah RM972, 000.00 surau ini telah siap sepenuhnya pada 10 April 2016.

Surau ini bakal digunakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar di sini dan boleh menampung sebanyak 650 orang pelajar pada satu-satu masa.

Diharapkan dengan terbinanya surau ini, ia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh tenaga pengajar dan pelajar Maahad Al-Mashoor Al-Islami. 

 

 IMG 0640 IMG 0645 
 IMG 0641  SERAHSURAU2
 DSC01704  DSC01754