logo mainpp

LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM) KE MAINPP

 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru- baru ini telah dikunjungi oleh delegasi daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).Rombongan seramai 31 orang ini diketuai oleh Encik Muhammad Ikram Bin Ibrahim, Setiausaha MAIM, Puan Norhalina Binti Hamzah, Pengurus Baitulmal MAIM, dan beberapa pegawai kanan serta kakitangan MAIM.

Lawatan kerja yang berlangsung lebih kurang dua jam ini memfokuskan perkongsian kejayaan MAINPP dalam pembangunan hartanah wakaf dan struktur perjawatan di MAINPP.

Taklimat perjawatan disampaikan oleh Puan Putri Irhanan Binti Sapeli, Pengurus Baitulmal MAINPP dan diteruskan pula dengan taklimat berkaitan wakaf yang dibentangkan oleh Encik Muhammad Nasir Bin Hj. Abdul Razak, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Wakaf. Usai sesi taklimat, sesi soal jawab diteruskan dan menyentuh mengenai wakaf dan zakat.

Sejurus selesai sesi pembentangan dan soal jawab, delegasi dibawa ke premis seliaan Bahagian Wakaf di kawasan Masjid Kapitan Keling. 

DSC 8170 DSC 8186
 DSC 8221  DSC 8222
 DSC 8192  DSC 8189
 DSC 8184  DSC 8204