logo mainpp

MAJLIS HARI WAKAF PULAU PINANG 2017

Hari Wakaf Pulau Pinang yang merupakan acara tahunan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Jun 2017 di Masjid Kapitan Keling yang lalu. Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir dengan sesi berbuka puasa bersama-sama T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr), Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Majlis turut dihadiri oleh YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato' Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato' Seri Haji Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dan Yang Berbahagia Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 2016, MAINPP telah berjaya menjana hasil wakaf berjumlah RM3.5 juta hasil pengurusan harta wakaf di seluruh negeri Pulau Pinang. Daripada hasil itu, RM1.2 juta telah dibajetkan untuk tujuan agihan kepada benefesiari atau penerima wakaf. Untuk agihan peringkat pertama, sebanyak RM996,923.00 telah diagihkan sempena Hari Wakaf Pulau Pinang ini. Manakala, baki peruntukan akan diagihkan pada penghujung tahun. Agihan sumbangan hasil wakaf dibuat berdasarkan amanah wakaf khas, wakaf am dan wakaf keluarga yang merangkumi penyaluran sumbangan untuk masjid-masjid, program dakwah, pendidikan, bantuan fakir miskin yang semuanya adalah bagi maksud melaksanakan program kebajikan untuk umat Islam di negeri ini sekaligus menunaikan amanah pewakaf.

Program Hari Wakaf Pulau Pinang kali ini melibatkan seramai 60 penerima sumbangan yang terdiri daripada 20 buah masjid, 12 buah surau serta 28 institusi pendidikan agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam, dengan jumlah agihan keseluruhan pengagihan pada hari sebanyak RM996,923.00.

 

a  c 
 d  e
 f  

Taklimat Dana Wakaf

Satu taklimat Dana Wakaf Pulau Pinang telah diadakan di Klinik Pergigian Butterworth pada 28 April 2017 jam 3.30 petang.  Taklimat tersebut dihadiri oleh pegawai perubatan dan pegawai sokongan klinik berkenaan.  Sesi ini telah menerangkan mengenai dana wakaf di Pulau Pinang, produk-produk dana wakaf dan kaedah sumbangan dana wakaf.  Borang potongan gaji untuk sumbangan dana wakaf Pulau Pinang telah diedarkan kepada  kakitangan klinik berkenaan yang berminat untuk membuat sumbangan dana wakaf.

klinik gigi

TAKLIMAT DANA WAKAF DI SMK(P) AL MASHOOR

 

Taklimat ini telah diadakan pada 28 Mac 2017 (Selasa) di Bilik Guru, SMK (P) Al-Mashoor menggunakan pendekatan personal coaching . Kumpulan sasaran terdiri daripada guru-guru dan kakitangan pentadbiran sekolah yang datang ke ruang yang disediakan untuk pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Sesi ini telah menerangkan mengenai dana wakaf di Pulau Pinang, produk-produk dana wakaf dan kaedah sumbangan dana wakaf. Persoalan yang dikemukakan semasa sesi ini adalah peranan MAINPP dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan perbezaan antara kedua-dua jabatan. Borang potongan gaji telah diedarkan kepada guru-guru dan kakitangan yang berminat. Taklimat berakhir pada jam 11.00 pagi.

 

IMG 20170329 WA0010  IMG 20170329 WA0013 
 IMG 20170329 WA0017  

Lawatan Kerja MAINPP ke MAIWP

 

Sepintas lalu lawatan kerja dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).  Ucapan terima kasih kepada tuan rumah, Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kerana sudi menerima kunjungan dari MAINPP, yang diketuai oleh YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man, Yang Di-Pertua MAINPP, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim bin Hussain, Timbalan Yang Di-Pertua MAINPP, ahli-ahli MAINPP beserta dua orang pegawai dari MAINPP.

Lawatan kerja singkat ini lebih memfokuskan perbincangan dua hala antaranya topik yang disentuh berkaitan struktur pentadbiran organisasi, pembangunan dan pengurusan harta wakaf, pembangunan institusi pendidikan agama serta mendapatkan perkembangan terkini program-program dakwah yang dijalankan.

 

2017 04 04 PHOTO 00000127 2017 04 04 PHOTO 00000128
2017 04 04 PHOTO 00000129 2017 04 04 PHOTO 00000136
2017 04 04 PHOTO 00000137 2017 04 04 PHOTO 00000138