logo mainpp

MAJLIS HARI WAKAF PULAU PINANG 2017

Hari Wakaf Pulau Pinang yang merupakan acara tahunan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Jun 2017 di Masjid Kapitan Keling yang lalu. Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir dengan sesi berbuka puasa bersama-sama T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr), Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Majlis turut dihadiri oleh YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato' Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato' Seri Haji Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dan Yang Berbahagia Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 2016, MAINPP telah berjaya menjana hasil wakaf berjumlah RM3.5 juta hasil pengurusan harta wakaf di seluruh negeri Pulau Pinang. Daripada hasil itu, RM1.2 juta telah dibajetkan untuk tujuan agihan kepada benefesiari atau penerima wakaf. Untuk agihan peringkat pertama, sebanyak RM996,923.00 telah diagihkan sempena Hari Wakaf Pulau Pinang ini. Manakala, baki peruntukan akan diagihkan pada penghujung tahun. Agihan sumbangan hasil wakaf dibuat berdasarkan amanah wakaf khas, wakaf am dan wakaf keluarga yang merangkumi penyaluran sumbangan untuk masjid-masjid, program dakwah, pendidikan, bantuan fakir miskin yang semuanya adalah bagi maksud melaksanakan program kebajikan untuk umat Islam di negeri ini sekaligus menunaikan amanah pewakaf.

Program Hari Wakaf Pulau Pinang kali ini melibatkan seramai 60 penerima sumbangan yang terdiri daripada 20 buah masjid, 12 buah surau serta 28 institusi pendidikan agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam, dengan jumlah agihan keseluruhan pengagihan pada hari sebanyak RM996,923.00.

 

a  c 
 d  e
 f  

Cetak