logo mainpp

Perjumpaan Yang Dipertua MAINPP Bersama Warga MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Malik bin Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP bagi sesi 2018-2019. Beliau turut  hadir bersama dalam sesi bacaan Yassin bersama pegawai dan kakitangan di MAINPP. 
 
yb4  yb1 
 yb3  yb2
 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI UiTM CAW.PERAK KAMPUS SRI ISKANDAR

Seramai 92 orang pelajar jurusan Pengurusan Hartanah termasuk dua orang pensyarah pengiring, Puan Sr. Siti Nadiah Mohd Ali dan Puan Sr. Huraizah Arshad telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Kedatangan mereka disambut oleh Haji Fakhruddin Abd.Rahman, Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf serta Haji Abu Bakar bin Yang, Pengurus Besar Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd.

Taklimat yang disampaikan oleh Haji Fakhruddin Abd.Rahman dimulakan dengan topik yang menjurus ke arah pembangunan dan pengurusan hartanah wakaf di Pulau Pinang serta cabaran dan halangan yang dihadapi dalam menjalankan proses pembangunan berkaitan wakaf.

Usai taklimat, rombongan dibawa melawat sekitar kawasan Lebuh Buckingham diiringi Encik Kamaluddin Hj.Darus, Pegawai Eksekutif Bah.Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Hartanah, Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd.

 DSC 0381  DSC 0377
 IMG 5107  IMG 5106

Majlis Perpisahan En.Mohd Said Bin Ahmad

Bertemu dan berpisah.... itulah lumrah kehidupan manusia. Salah seorang kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menamatkan perkhidmatan di MAINPP. MAINPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan komitmen padu yang diberikan selama beliau berkhidmat di sini. Semoga ukhwah yang terjalin selama ini akan terus kekal. Selamat maju jaya untuk Encik Mohd Said Ahmad.

said2   said1

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN MAINPP

 

Majlis perpisahan kepada kakitangan MAINPP iaitu Ustaz Abdul Malik bin Abdullah, Ustazah Hanidawati Hafizah Ng binti Abdullah, Puan Zabedah binti Haji Bashiri dan Puan Halimah binti Yusof yang telah diserapkan ke jawatan tetap di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Tahniah di atas pelantikan tersebut dan MAINPP mengucapkan terima kasih atas sumbangan tenaga dan khidmat yang cemerlang semasa berkhidmat di MAINPP.  Semoga hubungan ukhwah kekal hingga ke akhir hayat.

 
p1   p2
 p3  p4