logo mainpp

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) KE MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru-baru ini telah dikunjungi oleh delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).  Kunjungan tersebut diketuai oleh Dr.Shereeza binte Mohamed Saniff, Pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Islam serta disertai seramai 19 orang pelajar ‚ÄčTahun 4 Program Fiqh dan Kehakiman, Fakulti Syariah & Undang-Undang. Di samping itu, pelajar-pelajar dari Maahad Al Mashoor Al Islami turut serta dalam lawatan ni.

Kunjungan delegasi tersebut diraikan oleh Haji Fakhruddin bin Abd.Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf bersama-sama pegawai-pegawai lain.

Lawatan tersebut yang berlangsung selama dua jam untuk dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan latar belakang organisasi MAINPP dan seterusnya diikuti dengan taklimat yang menyentuh tentang hal-hal perundangan dan pembangunan wakaf setempat.

1  2 
 3  5
 4  

Cetak