logo mainpp

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI UiTM CAW.PERAK KAMPUS SRI ISKANDAR

Seramai 92 orang pelajar jurusan Pengurusan Hartanah termasuk dua orang pensyarah pengiring, Puan Sr. Siti Nadiah Mohd Ali dan Puan Sr. Huraizah Arshad telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Kedatangan mereka disambut oleh Haji Fakhruddin Abd.Rahman, Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf serta Haji Abu Bakar bin Yang, Pengurus Besar Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd.

Taklimat yang disampaikan oleh Haji Fakhruddin Abd.Rahman dimulakan dengan topik yang menjurus ke arah pembangunan dan pengurusan hartanah wakaf di Pulau Pinang serta cabaran dan halangan yang dihadapi dalam menjalankan proses pembangunan berkaitan wakaf.

Usai taklimat, rombongan dibawa melawat sekitar kawasan Lebuh Buckingham diiringi Encik Kamaluddin Hj.Darus, Pegawai Eksekutif Bah.Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Hartanah, Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd.

 DSC 0381  DSC 0377
 IMG 5107  IMG 5106

Cetak