logo mainpp

Majlis Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 2018

 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 2018. Majlis yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini diadakan di Hotel The Light, Seberang Jaya.

Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut adalah YBhg. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri, Ahli-ahli MAINPP serta yang diraikan, YBhg. Dato' Haji Sazali bin Haji Hussien, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang merangkap Mantan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini bertujuan untuk meraikan bakal pesara MAINPP iaitu Puan Zuraida binti Aman, kakitangan MAINPP yang telah berkhidmat dalam tempoh melebihi 10 dan 20 tahun serta para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Puan Siti Nurbaya Osman, Penolong Akauntan, Puan Nur Hafizah Zakaria,Setiausaha Pejabat, Encik Rosli Mat, Penolong Pegawai Tadbir serta Encik Fadzil Mohamed, Pembantu Operasi telah dipilih untuk menerima anugerah yang bersejarah ini. Sekalung tahniah atas sumbangan khidmat yang diberikan oleh penerima-penerima tersebut.

Semoga dengan penganjuran majlis sebegini dapat dijadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang.

 DSC 0253  DSC 0245
 DSC 0308  DSC 0319
 DSC 0314  DSC 0310
   
   

Cetak