logo mainpp

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN MAINPP

 

Majlis perpisahan kepada kakitangan MAINPP iaitu Ustaz Abdul Malik bin Abdullah, Ustazah Hanidawati Hafizah Ng binti Abdullah, Puan Zabedah binti Haji Bashiri dan Puan Halimah binti Yusof yang telah diserapkan ke jawatan tetap di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Tahniah di atas pelantikan tersebut dan MAINPP mengucapkan terima kasih atas sumbangan tenaga dan khidmat yang cemerlang semasa berkhidmat di MAINPP.  Semoga hubungan ukhwah kekal hingga ke akhir hayat.

 
p1   p2
 p3  p4

MAJLIS PENYERAHAN MASJID KUBANG ULU, PENANTI

Baru-baru ini telah  berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Kubang Ulu, Penanti yang baru siap dibina oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU JPM). Masjid ini mula dibina pada Mei 2016 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 2018.

Majlis menandatangani dokumen penyerahan tersebut ditandatangani antara YBhg. Dato Syed Shaari Syed Abdullah selaku Pegawai Kemajuan Negeri dan Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Haji Fakhruddin bin Abd Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Masjid dua tingkat ini mampu memuatkan seramai 1100 jemaah. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan bilik mesyuarat, bilik imam, bilik pengurusan jenazah, kipas angin gergasi beserta lain-lain kelengkapan. Selain itu, ruang solat masjid ini juga turut dilengkapi penghawa dingin, seni kaligrafi dan kamera litar tutup hasil sumbangan pihak Qaryah.

m1   mm2
 mm3  mm5

Aktiviti Pembersihan Tanah Perkuburan Jalan Perak

Aktiviti menyembur racun di tanah perkuburan Jalan Perak yang diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Haji Fakhruddin bin Abd.Rahman bersama-sama dua pegawai MAINPP beserta pekerja-pekerja am di sana.

ww1   ww2
 ww3  ww5
 

Ikrar Banteras Rasuah

Ikrar banteras rasuah oleh kakitangan baharu MAINPP yang terdiri dari Cik Nur Amirah binti Rosely, Encik Muhammad Fariez Affiq bin Mohd Fisseal dan Encik Muhamad Khairul Annas bin Mohd Bakhir telah diadakan pada 2 Mac 2018 (Jumaat).

ibr