logo mainpp

Aktiviti Pembersihan Tanah Perkuburan Jalan Perak

Aktiviti menyembur racun di tanah perkuburan Jalan Perak yang diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Haji Fakhruddin bin Abd.Rahman bersama-sama dua pegawai MAINPP beserta pekerja-pekerja am di sana.

ww1   ww2
 ww3  ww5
 

Ikrar Banteras Rasuah

Ikrar banteras rasuah oleh kakitangan baharu MAINPP yang terdiri dari Cik Nur Amirah binti Rosely, Encik Muhammad Fariez Affiq bin Mohd Fisseal dan Encik Muhamad Khairul Annas bin Mohd Bakhir telah diadakan pada 2 Mac 2018 (Jumaat).

ibr

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) KE MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru-baru ini telah dikunjungi oleh delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).  Kunjungan tersebut diketuai oleh Dr.Shereeza binte Mohamed Saniff, Pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Islam serta disertai seramai 19 orang pelajar ‚ÄčTahun 4 Program Fiqh dan Kehakiman, Fakulti Syariah & Undang-Undang. Di samping itu, pelajar-pelajar dari Maahad Al Mashoor Al Islami turut serta dalam lawatan ni.

Kunjungan delegasi tersebut diraikan oleh Haji Fakhruddin bin Abd.Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf bersama-sama pegawai-pegawai lain.

Lawatan tersebut yang berlangsung selama dua jam untuk dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan latar belakang organisasi MAINPP dan seterusnya diikuti dengan taklimat yang menyentuh tentang hal-hal perundangan dan pembangunan wakaf setempat.

1  2 
 3  5
 4  

Majlis Perpisahan Encik Ahmad Zamir

Pada 12 Januari 2018, kakitangan MAINPP telah mengadakan majlis perpisahan untuk bekas kakitangan MAINPP iaitu Encik Ahmad Zamir bin Mohd Zaki.  Beliau merupakan bekas kakitangan di Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf dan telah bertugas di MAINPP mulai pada  tahun 2011.  

 IMG 20180112 WA0002  IMG 20180112 WA0003