logo mainpp

Majlis Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 2018

 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tahun 2018. Majlis yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini diadakan di Hotel The Light, Seberang Jaya.

Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut adalah YBhg. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri, Ahli-ahli MAINPP serta yang diraikan, YBhg. Dato' Haji Sazali bin Haji Hussien, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang merangkap Mantan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini bertujuan untuk meraikan bakal pesara MAINPP iaitu Puan Zuraida binti Aman, kakitangan MAINPP yang telah berkhidmat dalam tempoh melebihi 10 dan 20 tahun serta para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Puan Siti Nurbaya Osman, Penolong Akauntan, Puan Nur Hafizah Zakaria,Setiausaha Pejabat, Encik Rosli Mat, Penolong Pegawai Tadbir serta Encik Fadzil Mohamed, Pembantu Operasi telah dipilih untuk menerima anugerah yang bersejarah ini. Sekalung tahniah atas sumbangan khidmat yang diberikan oleh penerima-penerima tersebut.

Semoga dengan penganjuran majlis sebegini dapat dijadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang.

 DSC 0253  DSC 0245
 DSC 0308  DSC 0319
 DSC 0314  DSC 0310
   
   

Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Wakaf

Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Wakaf telah diadakan semalam, 28 Jun 2018 di Seri Mutiara (kediaman rasmi TYT). Terima Kasih kepada semua yang terlibat dan yang memenuhi undangan.  Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, Dato' Syed Muhamad Aidid bin Syed Murtaza yang telah membuat sumbangan dana wakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui anak syarikat, Wakaf Pulau Pinang sebanyak RM 1 Juta. (semasa program Hari Wakaf Negeri Pulau Pinang pada 25 Mei 2018 sumbangan RM 100 ribu telah diberikan)

Semoga sumbangan tersebut akan dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat Islam di Pulau Pinang.

*** Sumber dari laman sesawang Facebook Wakaf Pulau Pinang Sdn.Bhd. .

 
36292675 411907432661692 4504445641438527488 o   36311770 411903305995438 3871928019664764928 o
 36347110 411902902662145 3731374321549967360 o  36356000 411903035995465 7541395043387441152 o
   

HARI WAKAF PULAU PINANG 2018

Alhamdulillah, selesai sudah program tahunan anjuran MAINPP, Hari Wakaf Pulau Pinang 2018 yang berlangsung baru-baru ini di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Majlis anjuran MAINPP ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Program tahunan ini diadakan untuk mengenang jasa pewakaf serta menterjemahkan peranan MAINPP sebagai pemegang amanah harta wakaf di negeri ini.

Pada tahun 2017, keseluruhan pendapatan hasil wakaf untuk disumbangkan kepada penerima manfaat wakaf adalah sebanyak RM818,940.00 dan hasil wakaf tersebut akan diagihkan berdasarkan kepada amanah wakaf khas, wakaf am dan wakaf keluarga. Sumbangan ini merangkumi pemberian kepada 21 buah masjid, 5 buah surau, 26 buah institusi pendidikan dan 3 badan bukan kerajaan yang melibatkan keseluruhan pengagihan pada petang ini berjumlah RM748,940.00. Manakala baki pendapatan berjumlah RM70,000.00 lagi akan dibuat penyerahan peringkat kedua yang akan diaturkan nanti.

Jumlah sumbangan kepada penerima manfaat adalah bergantung kepada hasil yang dijana. Sekiranya satu wakaf itu menjana hasil yang tinggi, maka penerima manfaat juga akan mendapat satu amaun yang tinggi, begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, MAINPP telah sedaya upaya melaksanakan pengurusan sewaan, khususnya memastikan kutipan sewaan dilaksanakan dengan cekap. Justeru, pada 12 Februari 2016, syarikat Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. (WPPSB) iaitu anak syarikat MAINPP telah ditubuhkan bagi meningkatkan standard pengurusan hartanah wakaf dan pelaksanaan kutipan sewaan yang lebih proaktif. Ini bertujuan memastikan kutipan sewaan premis wakaf meningkat dan sekaligus menambahkan jumlah sumbangan yang akan diterima oleh penerima manfaat wakaf. 


#wargamainpp
#jomberwakaf.

3   1
 5  6
 7  8
 9  10

Perjumpaan Yang Dipertua MAINPP Bersama Warga MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Malik bin Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP bagi sesi 2018-2019. Beliau turut  hadir bersama dalam sesi bacaan Yassin bersama pegawai dan kakitangan di MAINPP. 
 
yb4  yb1 
 yb3  yb2