logo mainpp

HARI WAKAF PULAU PINANG 2018

Alhamdulillah, selesai sudah program tahunan anjuran MAINPP, Hari Wakaf Pulau Pinang 2018 yang berlangsung baru-baru ini di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Majlis anjuran MAINPP ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Program tahunan ini diadakan untuk mengenang jasa pewakaf serta menterjemahkan peranan MAINPP sebagai pemegang amanah harta wakaf di negeri ini.

Pada tahun 2017, keseluruhan pendapatan hasil wakaf untuk disumbangkan kepada penerima manfaat wakaf adalah sebanyak RM818,940.00 dan hasil wakaf tersebut akan diagihkan berdasarkan kepada amanah wakaf khas, wakaf am dan wakaf keluarga. Sumbangan ini merangkumi pemberian kepada 21 buah masjid, 5 buah surau, 26 buah institusi pendidikan dan 3 badan bukan kerajaan yang melibatkan keseluruhan pengagihan pada petang ini berjumlah RM748,940.00. Manakala baki pendapatan berjumlah RM70,000.00 lagi akan dibuat penyerahan peringkat kedua yang akan diaturkan nanti.

Jumlah sumbangan kepada penerima manfaat adalah bergantung kepada hasil yang dijana. Sekiranya satu wakaf itu menjana hasil yang tinggi, maka penerima manfaat juga akan mendapat satu amaun yang tinggi, begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, MAINPP telah sedaya upaya melaksanakan pengurusan sewaan, khususnya memastikan kutipan sewaan dilaksanakan dengan cekap. Justeru, pada 12 Februari 2016, syarikat Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. (WPPSB) iaitu anak syarikat MAINPP telah ditubuhkan bagi meningkatkan standard pengurusan hartanah wakaf dan pelaksanaan kutipan sewaan yang lebih proaktif. Ini bertujuan memastikan kutipan sewaan premis wakaf meningkat dan sekaligus menambahkan jumlah sumbangan yang akan diterima oleh penerima manfaat wakaf. 


#wargamainpp
#jomberwakaf.

3   1
 5  6
 7  8
 9  10

Print