logo mainpp

Feedbacks for the year of 2018

No.  Name  Questions Email Date & Time  Feedbacks Department Date of Feedbacks
 1.  Siti Syafina

Tajuk Maklumbalas: Masalah login di e-minhah

Kandungan Maklumbalas: saya merupakan salah seorang
penerima biasiswa. Saya ingin login ke e-minhah untuk
update tentang maklumat saya dan pengajian saya tetapi
website tersebut mempunyai masalah. Saya click button
"login" tapi ianya tidak berfungsi. Adakah ada cara lain untuk saya login ke e-minhah? Saya harap masalah website tersebut dapat diselesaikan dengan kadar segera, terima kasih.

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  1/13/18 10:54 PM Assalamualaikum W.B.T 
Puan,
Untuk makluman pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
(MAINPP) tidak mengendalikan urusan biasiswa pendidikan dan ia diuruskan oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). Untuk maklumat terperinci sila berhubung dengan BAH. PENDIDIKAN, JHEAIPP di talian  04 263 7200. 
Sekian,  terima kasih.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP).   1/15/18 10:50 AM
2. Azman Aziz

Tajuk Maklumbalas: bantuan pendidikan

Kandungan Maklumbalas: saya ingin bertanya adakah majlis agama Islam pulau pinang ada memberi bantuan untuk pelajar di ipta/ipts.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  1/22/2018 6:11 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan pendidikan namun demikian tuan boleh merujuk terus ke Bah. Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Neg. Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04- 262 6817 
Sekian, terima kasih. 
 
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP) 1/23/18 8:29 AM
3. Nur Diana

Tajuk Maklumbalas: Bantuan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi

Kandungan Maklumbalas: Bilakah keputusan permohonan untuk Bantuan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dapat diketahui ?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 1/24/2018 3:55 PM
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Puan,
Untuk mengetahui status terkini puan boleh terus menghubungi Bah.Pendidikan di talian 04 262 2817 
Sekian, terima kasih.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). 1/25/18 10:25 AM
4. Aiman

Tajuk Maklumbalas: penyerahan harta tidak patuh syariah

Kandungan Maklumbalas: Bagaimanakah prosedur menyerahkan harta tidak patuh syariah kepada baitulmal?
Adakah boleh bawa harta tersebut dan serahkan sahaja?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 1/29/2018 9:08 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Bagi urusan wang tidak patuh syariah, pihak tuan boleh terus ke kaunter MAINPP untuk ujuan penyerahan. Walau bagaimanapun, tuan dipohon menghubungi Haji Kamal/ Pn.Azreen untuk urusan dan tindakan selanjutnya di talian 04 2260 305,
Sekian. terima kasih. 
Unit Pengurusan Dana Wakaf, MAINPP 1/29/2018 1:09 PM
5. Rosyanti     

Tajuk Maklumbalas: Permohonan Sewa Premis Tiada Jawapan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Saya Rosyanti Bt. Shamsuddin (881119095186)
Merujuk Kepada Perkara diatas Permohonan Sewa Premis di Wakaf Setee Aishah Masih Belum Berbalas & Semakan Saya didalam Sistem Semakan Premis Menyatakan "Maklumat Anda Tiada".
Mohon Respon Balas SEGERA
Borang Permohonan Dihantar 'byhand' & telah mendapat panggilan berkenaan borang permohonan yang telah dimasukan kedalam peti bida/sebutharga/proposal.
Terima Kasih

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 2/16/2018 1:43 AM
Waalaikumusalam.
Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada emel puan bertarikh 16 Februari 2018 mengenai perkara di atas.
2.    Dimaklumkan bahawa Sistem Semakan Status Permohonan Premis dalam penambahbaikan (under maintenance). Berdasarkan kepada perbualan telefon pada 26 Disember 2017, premis yang dipohon masih belum dikosongkan oleh penyewa.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Premis  2/19/2018 12:57 PM