logo mainpp

Maklum balas 2018

Bil  Nama  Pertanyaan  Emel  Tarikh & Masa Pertanyaan  Maklum balas  Jabatan  Tarikh Maklum balas 
 1.  Siti Syafina

Tajuk Maklumbalas: Masalah login di e-minhah

Kandungan Maklumbalas: saya merupakan salah seorang
penerima biasiswa. Saya ingin login ke e-minhah untuk
update tentang maklumat saya dan pengajian saya tetapi
website tersebut mempunyai masalah. Saya click button
"login" tapi ianya tidak berfungsi. Adakah ada cara lain untuk saya login ke e-minhah? Saya harap masalah website tersebut dapat diselesaikan dengan kadar segera, terima kasih.

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  1/13/18 10:54 PM Assalamualaikum W.B.T 
Puan,
Untuk makluman pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
(MAINPP) tidak mengendalikan urusan biasiswa pendidikan dan ia diuruskan oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). Untuk maklumat terperinci sila berhubung dengan BAH. PENDIDIKAN, JHEAIPP di talian  04 263 7200. 
Sekian,  terima kasih.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP).   1/15/18 10:50 AM
2. Azman Aziz

Tajuk Maklumbalas: bantuan pendidikan

Kandungan Maklumbalas: saya ingin bertanya adakah majlis agama Islam pulau pinang ada memberi bantuan untuk pelajar di ipta/ipts.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  1/22/2018 6:11 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan pendidikan namun demikian tuan boleh merujuk terus ke Bah. Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Neg. Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04- 262 6817 
Sekian, terima kasih. 
 

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP)

 

1/23/18 8:29 AM

3. Nur Diana

Tajuk Maklumbalas: Bantuan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi

Kandungan Maklumbalas: Bilakah keputusan permohonan untuk Bantuan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dapat diketahui ?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 1/24/2018 3:55 PM
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Puan,
Untuk mengetahui status terkini puan boleh terus menghubungi Bah.Pendidikan di talian 04 262 2817 
Sekian, terima kasih.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). 1/25/18 10:25 AM
4. Aiman

Tajuk Maklumbalas: penyerahan harta tidak patuh syariah

Kandungan Maklumbalas: Bagaimanakah prosedur menyerahkan harta tidak patuh syariah kepada baitulmal?
Adakah boleh bawa harta tersebut dan serahkan sahaja?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 1/29/2018 9:08 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Bagi urusan wang tidak patuh syariah, pihak tuan boleh terus ke kaunter MAINPP untuk ujuan penyerahan. Walau bagaimanapun, tuan dipohon menghubungi Haji Kamal/ Pn.Azreen untuk urusan dan tindakan selanjutnya di talian 04 2260 305,
Sekian. terima kasih. 
Unit Pengurusan Dana Wakaf, MAINPP 1/29/2018 1:09 PM
5. Rosyanti     

Tajuk Maklumbalas: Permohonan Sewa Premis Tiada Jawapan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Saya Rosyanti Bt. Shamsuddin (881119095186)
Merujuk Kepada Perkara diatas Permohonan Sewa Premis di Wakaf Setee Aishah Masih Belum Berbalas & Semakan Saya didalam Sistem Semakan Premis Menyatakan "Maklumat Anda Tiada".
Mohon Respon Balas SEGERA
Borang Permohonan Dihantar 'byhand' & telah mendapat panggilan berkenaan borang permohonan yang telah dimasukan kedalam peti bida/sebutharga/proposal.
Terima Kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 2/16/2018 1:43 AM
Waalaikumusalam.
Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada emel puan bertarikh 16 Februari 2018 mengenai perkara di atas.
2.    Dimaklumkan bahawa Sistem Semakan Status Permohonan Premis dalam penambahbaikan (under maintenance). Berdasarkan kepada perbualan telefon pada 26 Disember 2017, premis yang dipohon masih belum dikosongkan oleh penyewa.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Premis  2/19/2018 12:57 PM
6. Nor Surayah Binti Hanapi

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan berkenaan Status Pusat Jagaan Kasih Abadi

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Mohon rujuk perkara di atas. Saya ada menerima Whatsapp berkenaan permohonan sumbangan dan bantuan untuk pusat jagaan ini yang dikatakan merupakan rumah anak2 yatim. Dengan tunggakan bil elektrik yang agak banyak dan tiada kelengkapan asas seperti tilam dan sebagainya. Atas dasar prihatin, pihak saya ingin memohon sedikit pencerahan berkenaan status pusat jagaan ini. Tiada sebarang dana atau peruntukan yang boleh disumbangkana kepada mereka dari pihak majlis agama islam pulau pinang?
Alamat: Pusat Jagaan Kasih Abadi 71, Persiaran Seksyen 5/3, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Penang
Hubungi: pn Subiha:013-7948196 atau en. Wan Shahrun: 0186650541.
Mohon maklum balas dari pihak tuan berkenaan perkara ini. segala kerjasama yang diberikan amat saya hargai dan terima kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  3/8/2018 9:41 AM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Terima kasih atas kerprihatinan puan terhadap isu ini. Untuk makluman, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan atau sumbangan namun demikian untuk urusan permohonan bantuan dan sumbangan boleh dirujuk terus ke Zakat Pulau Pinang (ZPP). Berkenaan dengan isu bil elektrik tertunggak, pihak ZPP pernah melawat ke pusat jagaan tersebut dan telah memaklumkan bahawa bil tersebut telah dijelaskan pada penghujung Februari yang lalu. Manakala kelengkapan tilam turut disediakan di sana. Di samping itu, pengurus pusat tersebut turut menyatakan bahawa mereka dalam proses mendaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) dan pada masa yang sama sedang berusaha untuk memohon bantuan dari Zakat Pulau Pinang . 
Sekian. 
  3/14/18 11:27 AM
7. Fatin Nur Alia Binti Zulkifli

Tajuk Maklumbalas: Zakat Pendidikan bagi Peringkat Sarjana (Master)

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Saya Alia, pelajar Sarjana Sains Pengurusan Perniagaan. Saya difahamkan zakat negeri Pulau Pinang hanya memberi bantuan zakat sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bagi peringkat Sarjana, saya perlu memohon melalui Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Bagaimana saya boleh dapatkan borang tersebut? Saya harap pihak Tuan/Puan/Cik dapat membantu saya. Terima kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  3/21/2018 9:33 AM
Assalamualaikum
Puan,
Untuk makluman, pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan atau sumbangan namun demikian puan boleh terus berhubung dengan Zakat Pulau Pinang atau Bah. Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04 2637200 untuk maklumat yang lebih terperinci.
Sekian, terima kasih.  
 Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang   
3/27/18 9:56 AM
 
8. Syaza Syazwina binti Shaifol

Tajuk Maklumbalas: Tarikh tutup bantuan IPT e-minhah(pulau pinang)

Kandungan Maklumbalas: Bilakah tarikh akhir utk saya menghantar borang bantuan IPT e-minhah ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 3/26/2018 1:13 PM  
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk makluman terperinci berkaitan borang bantuan tersebut, sila berhubung terus dengan BAH.PENDIDIKAN di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG di talian 04 2637200.
Sekian, terima kasih. 
 Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 3/27/18 9:56 AM
9. Nur adibah

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya Nur Adibah graduan UKM, ingin bertanya bagaimanakah sekiranya saya ingin berkhidmat menjadi guru sekolah rendah/menengah agama? adakah pengambilan guru melalui JAIPP atau terus melalui pihak sekolah?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 3/30/2018 4:52 PM
Waalaikumsalam W.B.T
Puan,
Untuk makluman, urusan pengambilan guru sekolah rendah/menengah agama diurusakan oleh Bah.Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dan boleh dihubungi melalui talian 04 262 6817 untuk info lanjut.
Sekian, terima kasih. 
 Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang  4/2/18 10:01 AM
10.

Siti Hajar

Tajuk Maklumbalas: E-Minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum.. bilakah bantuan e-minhah akan diberikan bg ttahun 2018 ? Adakah bntuan ini diberikan setiap semester atau setiap tahun ? Terima Kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 5/7/2018 1:01 PM

Waalaikumsalam W.B.T

Puan,

Untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan bantuan e-minhah, puan boleh merujuk melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang,http://jaipp.penang.gov.my/ atau menghubungi terus ke Bahagian Pendidikan di talian 04 2632 6817.

Sekian, terima kasih.

Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 5/7/18 4:47 PM
11. Mohammad Faiq Bin Mohmad Dasuki

Tajuk Maklumbalas: Sahlaku Sijil Kursus Kahwin 2006

Kandungan Maklumbalas: Adakah masih sah Sijil Kursus perkahwinan yang dihadiri pada 2006?
Terima Kasih

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 5/17/2018 10:02 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, sijil kursus perkahwinan tidak mempunyai tarikh luput dan sah digunakan bila-bila masa sahaja.
Sekian, terima kasih.  
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 5/21/18 7:44 AM
12. Azman

Tajuk Maklumbalas: PENANGUHAN

Kandungan Maklumbalas: benarkah beberapa projek naik taraf masjid di pulau pinang ditanguhkan seperti yang tersebar dimedia sosial.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  6/1/2018 11:41 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, setakat ini tiada sebarang penangguhan projek naik taraf seperti yang ditularkan. 
Sekian, terima kasih. 
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 6/4/18 9:31 AM
13. M.maliki

Tajuk Maklumbalas: Khutbah jumaat

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum,
Saya memohon agar khutbah jumaat tidak panjang melebihi 20minit. Isi khutbah jelas dan padat. Setiap minggu lepas solat sudah hilang isi khutbah yang disampaikan kerana khatib khutbah sambil membebel dan memberi terlalu banyak contoh yang sama berulang kali. Mohon tuan memberi kursus kepada khatib dalam berkhutbah. Moga kita maju hasil dari khutbah yang berkesan.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 7/7/2018 9:17 PM
Assalamualaikum W.B.T
Ustazah,
Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak ustazah.
Sekian, terima kasih.  
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 7/9/18 10:08 AM
14. Ahmad Aiman

Tajuk Maklumbalas: Skim Bantuan Perkahwinan Pulau Pinang

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum,adakah masih wujud lagi skim bantuan perkahwinan bagi rakyat pulau pinang?jika masih wujud,bagaimanakah cara untuk memohon skim bantuan tersebut?sila bagi pencerahan secara jelas berkenaan skim bantuan perkahwinan tersebut,sekian,terima kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 8/26/18 11:00 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk info lebih lanjut berkaitan skim bantuan tersebut, tuan boleh berhubung dengan Bah. Undang-Undang Keluarga Islam, 04 262 6814, di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEIAPP).
Sekian, terima kasih. 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang

8/27/18 8:42 AM

15. Nurul Jannah binti Yahya

Tajuk Maklumbalas: adakah e-minhah masih aktif?

Kandungan Maklumbalas: saya mahu bertanya pasal adakah eminhah masih aktif?sbb saya ada mntk lps tu x dpt nk dftr ..x tahu kenapa..tlong saya pelajar baru yang ingin memohon tetapi x dpt nak isi dsbbkan borang macam ada yang x lengkap..lpstu sya ingin bertanya contoh sya mntk e-minhah untuk masa waktu saya sambung degree tetapi saya guna keputusan pada waktu diploma saya ...boleh x?

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  8/28/2018 10:14 AM
Waalaikumsalam W.B.T
Puan,
Untuk makluman, sistem e-minhah dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). Untuk mengetahui status terkini berkaitan sistem tersebut puan boleh terus berhubung dengan bahagian tersebut melalui talian  04 263 7200.
Sekian, terima kasih.  
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang  8/28/2018 10:14 AM
16  Siti Humaira Binti Mohamed Yasin Tajuk Maklumbalas:  Masalah log in e-minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang penerima biasiswa. Saya ingin login ke e-minhah untuk
update tentang maklumat keputusan peperiksaaan saya ke dalam website tersebut. Tetapi saya tidak boleh log in dengan kata laluan saya serta mempunyai masalah. Saya juga telah hubungi JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). BAH. PENDIDIKAN, JHEAIPP di talian 04 263 7200 tetapi tidak mempunyai sebarang respon. Saya telah hubungi jabatan ini selama 2 hari.
Adakah ada cara lain (no lain) untuk saya hubungi berkaitan dengan e-minhah. Saya mengharapkan jasa baik daripada pihak tuan/puan untuk masalah saya ini. Sekian, terima kasih.

:

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  9/4/18 11:20 AM
Assalamualaikum W.B.T
Untuk menjawab persoalan tersebut, nombor lain yang boleh dihubungi adalah 04 262 6817. talian terus ke BAH. PENDIDIKAN.
Sekian, terima kasih. 
 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang  9/4/18 3:43 PM
17 Nurul Izzah

Tajuk Maklumbalas: Borang permohonan perkahwinan yang berlainan negeri

Kandungan Maklumbalas: Apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk permohonan kebenaran berkahwin yang berlainan negeri?..

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 9/14/2018 2:12 AM
Assalamualaikum W.B.T
Cik Nurul boleh terus berhubung dengan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang  di talian 04 262 6814 untuk maklumat yang lebih terperinci.
Sekian, terima kasih.  
 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 9/14/18 4:06 PM