logo mainpp

Pengenalan

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama IslamTahun 1959 bagi menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam.

Peranan MAINPP adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertakwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga berperanan untuk menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi murtad, bidaah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam.

Selain itu, MAINPP juga berperanan untuk memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan hukum syara'.

Dasar-dasar dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilulus oleh 16 orang ahli yang ditauliahkan untuk tempoh 2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.