logo mainpp

Piagam Pelanggan

Komitmen kami seluruh warga Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Adalah Untuk Memberi Perkhidmatan Yang Telus, Cekap Dan Berkualiti Kepada semua Pelanggan Mainpp. Dari Itu, Kami Berikrar:-

1.
Memproses semua permohonan penyewaan premis wakaf dan memberi jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima
2.
Permohonan pindahmilik harta-harta wakaf kepada MAINPP  diproses dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.
3.
Semua permohonan jual-beli, rayuan dan pengurangan harga harta Baitulmal diproses dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh  permohonan diterima.
4.
Memproses permohonan penyewaan harta-harta Baitulmal dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh permohonan diterima.
5.
Memastikan pendaftaran hak milik Baitulmal diselesaikan dalam tempoh tujuh (7)  hari selepas menerima perintah mahkamah.
6.
Menerima segala serahan kepada Baitulmal  dengan amanah dan menguruskannya dengan cekap dan sempurna.
7.
Menerima dan melupuskan harta luqatah  mengikut prosedur yang ditetapkan dalam tempoh lapan belas (18) bulan dari tarikh  penerimaan harta tersebut.
8.
Memastikan projek-projek pembangunan MAINPP dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
9.
Menimbang dan memberi ulasan ke atas pelan masjid/surau kepada pihak berkuasa tempatan atau syarikat pemaju projek dalam tempoh tiga (3) minggu.
10.
Memastikan bayaran gaji kakitangan dan elaun Ahli-Ahli Majlis dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.
11.
Memastikan bayaran ke atas setiap perkhidmatan dan bekalan yang diterima dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dengan syarat ianya lengkap dan teratur.
12. 
Memastikan semua pungutan ke atas semua premis MAINPP dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
13..
Menerima bayaran hasil dan mengeluarkan resit dengan serta merta.
14.
Menyediakan penyata kewangan MAINPP yang lengkap dan teratur sebelum 31 Mei. 
15. 
Memberi maklumbalas/jawapan atas semua surat-surat dalam tempoh dua (2) minggu dari tempoh penerimaan.
16.

Melayan setiap aduan dan memastikan tindakan segera diambil ke atasnya dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

17.

Memastikan setiap pertanyaan daripada pelanggan dilayan dengan mesra, tepat dan  jelas.