logo mainpp

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI) 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

    Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

    Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 2260 305/319 atau e-mel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

 ==>  Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014dan  
         Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang

==>   Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010(FOI).

==>: Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI )

==>  Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)