logo mainpp

RFP - Lot 49, Seksyen 3, Jalan Perak, Daerah Timur Laut

wpp

WAKAF PULAU PINANG
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

KENYATAAN PELAN CADANGAN

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

1.  Pelan Cadangan (Request For Proposal-RFP) adalah dipelawa daripada Pencadang dan Syarikat yang berdaftar di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera dan mempunyai pengalaman berkaitan untuk menyertai tawaran pembangunan semula tapak di atas tanah milik MAINPP seperti berikut:

PERKARA

KELAYAKAN

Tender Request For Proposal-RFP Bagi Cadangan Merancang, Membina, Mengurus Dan Menyelenggara Sebuah Hotel & Surau (Inapan Muslim) Di Atas Lot 49 (Lot Baru 69), Seksyen 3, Jalan Perak, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang Untuk Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

(Keluasan Tanah – 0.309 ekar)

Syarikat mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Taklimat: 31 Januari 2019 (Khamis), Jam 10.00 Pagi
(Pendaftaran: 9.30-10.00 pagi)
Tempat: Bilik Mesyuarat Wakaf Pulau Pinang, No. 2&4,10200 Kampung Kaka,
George Town, Pulau Pinang.

Harga Dokumen : RM1,000.00 senaskah

Tarikh Tutup: 25 Mac 2019 (Isnin) Jam: 12.00 tengah hari

2. 

Pencadang dan Syarikat disarankan menghadiri taklimat Request For Proposal sebelum membeli dokumen Request For Proposal dan membawa sijil PENDAFTARAN ASAL SYARIKAT serta sesalinan untuk simpanan Wakaf Pulau Pinang semasa taklimat diadakan.

 3.

Dokumen Request For Proposal (RFP) yang telah dilengkapkan hendaklah dilakri dan ditulis “CADANGAN USAHASAMA PEMBANGUNAN TANAH MILIK MAINPP” di bahagian atas (kiri) sampul surat dan perlulah dimasukkan ke dalam Peti Tender Wakaf Pulau Pinang, No. 2&4, Kampung Kaka 10200 Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada Request For Proposal (RFP) yang lewat diterima.