logo mainpp

Penyediaan Van Jenazah

MAINPP telah membuat perolehan sebuah kereta jenazah yang telah ditempatkan di daerah Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Kepala Batas. Susulan daripada itu, kini MAINPP telah membuat perolehan 5 kereta jenazah lagi yang ditempatkan di seluruh pentadbiran Pejabat Agama Daerah melalui kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa Qaryah yang terpilih. Perolehan kereta jenazah ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Islam yang memerlukan perkhidmatan kereta jenazah di negeri ini.

Pengagihan kereta jenazah ini adalah dibuat mengikut keperluan bagi sesuatu Pejabat Pentadbiran Agama Daerah dan diuruskan mengikut Qaryah-qaryah terpilih. Sehubungan itu, kadar yang dikenakan adalah mengikut lingkungan Pentadbiran Agama Daerah yang mana ketetapan kadarnya adalah seperti berikut:-

i. Penggunaan dalam persekitaran Qaryah yang menguruskan - tidak melebihi RM50.00
ii. Penggunaan diluar Qaryah tetapi dalam daerah Pentadbiran Agama Daerah - tidak melebihi RM70.00
iii. Penggunaan diluar Pentadbiran Agama Daerah – RM1.00 perkilometer beserta kenaan bayaran tetap tidak melebihi RM70.00 keluar daerah.

 ** Kenaan bayaran yang berkenaan adalah telah mengambilkira bayaran kos minyak,tol dan saguhati kepada pemandu.

Sekiranya terdapat permintaan lebih daripada satu permohonan pada hari yang sama, maka Pengerusi Qaryah, perlu memutuskan pemohon yang diutamakan bergantung kepada pendapatan pemohon, situasi, dan keutamaan untuk tujuan kebajikan.Segala kutipan yang diperolehi daripada kenaan caj penggunaan van jenazah ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Qaryah berkenaan.

Tugas penyelenggaraan adalah dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Qaryah yang menerima sumbangan van jenazah ini. Pihak Pusat Urus Zakat, MAINPP akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5000 setahun kepada Jawatankuasa Qaryah bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan ini. Sekiranya jumlah peruntukan yang disalurkan tidak mencukupi, pihak Jawatankuasa Qaryah yang menguruskan kenderaan ini boleh menggunakan hasil daripada caj penggunaan yang dikenakan bagi tujuan penyenggaraan. Pengurusan Van Jenazah ini adalah di bawah kawalan Jawatankuasa Qaryah yang terpilih untuk menerima sumbangan ini. Hal ini adalah termasuk penyenggaraan, pemandu serta lain-lain hal yang berkaitan.

SENARAI NOMBOR TELEFON PENGURUSAN VAN JENAZAH MENGIKUT DAERAH

Masjid Teluk Kumbar (Daerah Barat Daya)

1. Dato' Prof. Dr. Muhamad Idris bin Saleh (Pengerusi) - 012-4929017
2. Tuan Haji Mohd Idris bin Haji Ali (Setiasuaha) - 012-4929015

Masjid Hashim Yahya (Daerah Timur Laut)

1. Encik Abdul Razak bin Mansor (Pengerusi) - 016-4584774
2. Encik Zambri bin Abdul Rahman (Setiausaha) - 017-4868278

Masjid Kepala Gajah (Daerah Seberang Perai Selatan)

1. Tuan Haji Khalip bin Saad (Pengerusi) - 012-5849242
2. Encik Ismail bin Ahmad (Setiausaha) -010-5375115

Masjid Kg Sekolah (Daerah Seberang Perai Tengah)

1. Tuan Haji Ismail bin Arshad (Pengerusi) - 017-4806915
2. Encik Yusof bin Haji Din (Setiausaha) - 013-4331004

Masjid Teluk Air Tawar (Butterworth)

1. Tuan Haji Abdul Rahman bin Yusoff (Pengerusi) - 012-4822940
2. Encik Amir Hamzah bin Arshad (Setiausaha) - 017-4180015

Masjid Tasek Gelugor (Daerah Kepala Batas)

1. Tuan Haji Khairol Annuar bin Haji Musa (Pengerusi) - 019-4464545
2. EncikNor Hisham bin Mohamad - 013-4851424

(Kemaskini maklumat pada 15 Jun 2016)

 

 van jenazah