logo mainpp

Maklumbalas MAINPP 2017

 MAKLUMBALAS 2017

Bil. Nama Pertanyaan                                                       Emel Tarikh Pertanyaan Maklumbalas Jabatan Tarikh Maklumbalas
1 Nurliyana Majid

Tajuk Maklumbalas:   Pertanyaan Mengenai Biasiswa Pendidikan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, 
Saya ingin mengetahui lebih  lanjut mengenai biasiswa pendidikan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang. link yang diperlukan untuk mengisi online itu adalah? 

Mengharapkan balasan anda.

Terima Kasih

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Tuesday, January 10, 2017, 4.11PM
Puan,
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan JHEIAPP di talian 04 262 6817
Terima kasih.

 Bahagian Pendidikan JHEIAPP  17/01/2017
2 Nur Safwan bin Ahmad

Tajuk Maklumbalas: KUTIPAN DERMA YANG MERAGUKAN DI TEMPAT ORANG AWAM

Kandungan Maklumbalas: Salam, saya ingin mengadukan mengenai aktiviti kutipan derma yang semakin aktif dijalankan di kawasan terbuka di Sungai Dua (kawasan Restoran Nasi kandar Pelita), Gelugor, Pulau Pinang. Saya selalu perhatikan, golongan mereka yang mengutip derma silih berganti, tetapi tujuan sumbangan adalah pada tempat yang sama di Rumah Anakanak Yatim di yan, Kedah. Pada mulanya mereka menjual madu dengan harga RM50.00. Sekiranya tidak ingin membeli boleh menderma, apabila diminta surat kuasa atau surat kebenaran meminta derma, mereka tiada. Resit derma juga tiada. Saya risau sekiranya aktiviti ini dibiarkan berterusan, salah guna wang demi kepentingan individu tertentu atau kemungkinan wang ini disalurkan kepada ajaran yang sesat. Diminta pihak tuan/puan siasat perkara ini dengan SEGERA memandangkan aktiviti ini boleh dikatakan setiap hari berlaku pada waktu petang jam 05.00pm-07.30pm dan sebelah malam 10.00pm-12.00pm. Saya kerap melihat mereka di Restoran Nasi Kandar Pelita Sungai Dua, USM dan warung-warung tomyam di sekitarnya. Saya sedia memberikan kerjasama dalam membanteras aktiviti ini. Tuan/Puan boleh hubungi saya di talian 017-4586215.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Friday, January 20, 2017 11:19 PM

Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak puan.

Bahagian Penguatkuasaan,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Tuesday, 
24/01/2017 09:52AM

3

Nor Jihan

Tajuk Maklumbalas: pertanyaan mengenai bantuan pendidikan pelajar UITM

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum.....

Saya ingin bertanya mengenai bantuan permulaan pendidikan bagi pelajar UITM. Anak saya baru mendaftar di UITM Jasi pada sesi disember 2016. bagaimana saya ingin memohon bantuan ini..

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Thursday, February 2, 2017  12.55 PM
Salam Sejahtera, 
Puan,

Untuk bantuan pendidikan, boleh berhubung dengan Bahagian Pendidikan JHEAIPP di talian 04 2637200.

Bahagian Pendidikan JHEAIPP  Friday, February 3, 2017  3.54PM
4 zaiton idris

Tajuk Maklumbalas: bantuan pendidikan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum..tuan
saya ingin bertanya mengenai cara memohon dana / biasiswa pendidikan ijazah pertama,,
saya dimaklumkan kena isi online,,saya cari dalam laman web... tapi tak jumpa

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Friday, February 10, 2017 Puan,
Untuk menjawab persoalan tersebut, puan boleh berhubung terus dengan Bah.Pendidikan JHEAIPP di talian  04 263 7200.
Sekian, terima kasih.  
 Bahagian Pendidikan JHEAIPP   Friday, February 10, 2017
5 Nurmiza Ismail

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan berkaitan Sijil Kursus Perkahwinan yg hilang

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Tuan/Puan. Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapatkan kembali sijik kursus perkahwinanan saya yang hilang. Adakah ada apa2 pautan atau direktori link yang boleh saya gunakan untuk mendapatkan kembali sijil tersebut atau saya mesti ke pejabat agama (mana2 bahagian di dalam Pulau Pinang) untuk mencetaknya kembali? Mohon pencerahan. Terima kasih.

regards,
Nurmiza Ismail
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 Nurmiza Ismail Saturday, February 18, 2017 9:44 AM
Salam Sejahtera, 
 Puan,
Merujuk kepada persoalan tersebut, puan boleh  berurusan terus dengan  Bah. Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP di talian 04 262 6814.


Sekian, terima kasih.  

Bah. Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP Mon 2/20/2017 9:28 AM
 6  NUR'AQEELAH BINTI ABUL HALIM

Tajuk Maklumbalas: permohonan bantuan belajar ipta

Kandungan Maklumbalas: bagaimana saya ingin memohon bantuan belajar untuk tahun 2017

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Wednesday, February 22, 2017 11:15 PM  Assalamualaikum W.B.T
Untuk bantuan pelajaran, boleh terus berhubung dengan BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP di talian 04 262 6817.
Sekian, terima kasih.  
 BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP  Tue 2/28/2017 9:12 AM
 7

Saadoun Hammadi Bin Mohd Rafee

Tajuk Maklumbalas: Permohonan bantuan Biasiswa

Kandungan Maklumbalas: Salam,

Pihal MAIPP ada penyediankan bantuan biasiswa untuk pelajar IPTA.
Bagaiman cara untuk mendpatkan borang permohonan? Adakah borang tersebut boleh didapati dari laman web MAIPP?

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Thursday, February 23, 2017 1:07 PM Assalamualaikum W.B.T
 Untuk makluman, pihak MAINPP tidak menyediakan sebarang bantuan untuk pelajar IPTA namun demikian En. Saadoun boleh terus berhubung dengan BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP di talian 04 262 6817 
Sekian, terima kasih. 
BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP   Tue 2/28/2017 9:32 AM
8 MOHD YAZID HADZRIM BIN IBRAHIM

Tajuk Maklumbalas: Permohonan wakaf perabot untuk kelas pengajaran al-quran

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, 
saya dalam proses untuk membuka kelas alquran di Jelutong pulau pinang. Saya telah keluarkan modal lebihkurang RM8000 bagi tujuan perlesenan. Saya mengalami ketidakcukupan modal untuk membeli peralatan kelas seperti meja, kerusi, aircond, whiteboard, komputer. 
bagaimana untuk saya memohon dana wakaf bag tujuan murni ini. 

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Mon 2/27/2017 3:12 PM
Assalamualaikum wbt 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada email tuan bertarikh 27 Februari 2016.
2. Dimaklumkan permohonan tuan seperti perkara di atas kini dalam perhatian MAINPP. Walau bagaimanapun,
pihak tuan dipohon untuk mengemukakan maklumat berikut untuk tujuan petimbangan selanjutnya:
i. No pendaftaran dengan Bahagian Pendidikan JHEIPP (jika ada)
ii. Alamat penuh kelas
iii. Bilangan pelajar
iv. Tauliah mengajar
v. Lain-lain maklumat berkaitan kelas yang akan dibuka
Sekian, terima kasih. 
MAINPP Tuesday, February 28, 2017 2:28 PM
9 Nurmiza Ismail

Tajuk Maklumbalas: Kelas Agama Untuk Lelaki Dewasa

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya sedang mencari kelas agama untuk lelaki dewasa. Adik lelaki saya berumur 21 tahun berhajat ingin mempelajari agama seperti kelas KAFA, fardhu ain, kifayah, Al-Quran. Basic nya ada tapi sangat lemah. Dia bersedia masuk asrama jika Tuan/Puan ada menyediakan asrama untuk tujuan itu. Jika ada, mohon hubungi saya, kerana kami ingin mengetahui bayaran yuran yang di kenakan dan kelas yang bakal di pelajari. Saya ada membaca tentang Madrasah Miftahul Irfan. Kami (saya, adik dan ibu) sangat berbesar hati jika adik lelaki saya boleh memasuki madrasah tersebut untuk tujuan pembelajaran ini. Terima kasih Tuan/Puan.

regards,
Nurmiza Ismail

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Saturday, February 25, 2017 9:34 PM
Assalamualaikum wbt
Dengan hormatnya saya merujuk email tuan bertarikh 25 Februari 2017.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Madrasah Miftahul Irfan, Sg. Rusa, Balik Pulau, pihak tuan boleh menghubungi pentadbiran sekolah berkenaan di no telefon seperti berikut:
Madrasah 04-4423221
Ustaz Shamsudeen 012-4429176
Ustaz Osman 017-4045428
Ustaz Hafiz 011- 2423 1802
 Sekian, terima kasih. 
Unit Dana Wakaf, MAINPP Tuesday, February 28, 2017 2:18 PM
10 Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail

Tajuk Maklumbalas: Permohonan Kerja Kosong

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum wbt, saya Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang, berkelulusan diploma Syariah elektif undang-undang dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.

Saya nak tanya, ada ak sebarang jawatan kosong yang ditawarkan oleh MAINPPsekarang?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Tuesday, April 25, 2017 4:28 PM
Salam Sejahtera, 
Tuan,
 Buat masa ini, masih belum ada  lagi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Sekiranya ada, iklan jawatan kosong akan dipaparkan di laman sesawang MAINPP. 
Sekian, terima kasih.   
MAINPP Wed 4/26/2017 11:45 AM
11 Hishamuddin Shah

Tajuk Maklumbalas: Mohon Pengesahan artikel berikut

Kandungan Maklumbalas: FATWA NEGERI PULAU PINANG 2012

FATWA BAGI MENGHALANG PEMBID'AHAN DAN PENGHINAAN KPD AMALAN - AMALAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.2/2012 Tarikh : 29 Mac 2012 / 6 Jamadilawwal 1433.

Keputusan Mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Mesyuarat bersetuju untuk pengeluaran fatwa bagi menghalang pembid'ahan dan penghinaan kepada amalan -amalan Ahli sunnah wal Jama'ah.

2. Amalan -amalan tersebut merupakan amalan ahli sunnah wal Jama'ah yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi termasuk dalam perkara khilafiyyah di sisi ulama dan fuqaha dan seharusnya semua pihak berlapang dada.

3. Amalan - amalan ini juga boleh menyuburkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah SAW, Al-Quran, Sunnah, kebaikan serta perpaduan dalam masyarakat.

4. Amalan -amalan tersebut adalah :

a) Membaca Talqin.

b) Membaca Al-Quran di atas kubur.

c) Majlis Tahlil.

d) Kenduri Arwah.

e) Amalan menghadiahkan pahala kepada si mati melalui bacaan Al-Quran, jamuan makanan dan sebagainya.

f) Qunut Subuh.

g) Bacaan doa dan diaminkan oleh para jemaah secara beramai ramai sama ada selepas solat atau di lain -lain waktu dan upacara.

h) Tawassul.

I) Berzikir secara beramai ramai.

j) Membaca Surah Yasin beramai ramai pada malam Jumaat atau pada mana-mana majlis upacara sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maal Hijrah, Doa Tahun Baru, Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Isra' Mikraj.

K) Solat Tarawih 20 rakaat.

L) Sembahyang hajat secara berjemaah.

M) Menyapu muka selepas memberi salam.

N) Dua kali azan pada hari Jumaat.

O) Melafazkan niat dalam ibadah.

5. OLEH ITU, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang :-

A) Membid'ahkan atau;

B) Menghina atau;

C) Memperlekeh sama ada dengan perkataan, perbuatan, penulisan atau apa-apa tindakan yang membawa maksud yang seumpama dengannya atau 

D) Mengajar, menyiar, menyebar, menghebah dan mendedahkan dengan apa-apa cara sekalipun.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Friday, April 21, 2017 8:59 AM
 Salam Sejahtera, 
 
 
Tuan,
 
Untuk keterangan dan info yang lebih terperinci, boleh terus berhubung dengan JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG di talian 04 263 2975/ 2630634.
 
 
Sekian, terima kasih.  
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG  Wednesday, April 26, 2017 3:00 PM
12 Sharina Elisa

Tajuk Maklumbalas: Bolehkah bunian mengahwini manusia?

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. saya sharina elisa, penulis novel.

saya ingin bertanya, bolehkah saya menulis perihal seorang manusia mengahwini bunian?

terima kasih.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Wednesday, May 3, 2017 3:42 PM
Salam Sejahtera, 
 Tuan,
 
 Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. 
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG Wednesday, May 3, 2017 4:50 PM
13 Suhaila

Tajuk Maklumbalas: Pembayaran secara Internet banking

Kandungan Maklumbalas: as slm... sy ingin brtanyakan adakah boleh untuk sy mmbuat pembayaran sewaan tanah wakaf bg kediaman secara internet banking? Bagaimana? dan bagaimana untuk sy mnyemak baki hutang sewaan semasa?

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. May 15, 2017 11:53 AM  Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Monday, May 22, 2017 12:00 PM
14 Mohd Syadli

Tajuk Maklumbalas: aduan premis makanan islam

Kandungan Maklumbalas: saya ingin bertanyakan boleh kah premis makanan islam menjual di waktu tengahari.. semasa saya melalui beberapa kali di hadapan kedai cargas cafe bayan lepas ramai pelanggan melayu@islam lelaki muda datang membeli waktu 11.50pg. mereka membeli bungkusan yang mana nasi bercampur lauk bukan berasingan. ini menggalakan ramai orang islam untuk tidak berpuasa. adakah pihak jaipp akan mengambil tindakan yang sewajarnya atau tidak(tomahan)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 6/15/2017 5:37 PM
Dipanjangkan emel aduan ini untuk perhatian dan tindakan pihak puan. 
 
 
Sekian, terima kasih.  
Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang 6/16/17 8:02 AM
15 Faizul Izwan

Tajuk Maklumbalas: Jawatan Kosong

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, say Faizul. Boleh saya tahu, adakah masih ada kekosongan dalam apa2 sahaja jawatan bagi perempuan. Isteri saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda usuluddin dengan kepujian dan masih belum bekerja. Bolehkah saya tahu bagaimana untuk memohon jawatan dalam MAINPP ? Saya dan isteri sekarang menetap di sungai ara

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  7/26/2017 7:35 PM
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,  
Tuan,
Terima kasih atas emel yang diberikan. Untuk makluman tuan, jawatan kosong MAINPP akan diiklankan dalam laman sesawang MAINPP iaitu www.mainpp.gov.my dan setakat ini kekosongan jawatan masih tiada. Sehubungan itu, tuan boleh mengunjungi laman sesawang seperti yang dinyatakan tersebut.
 
 
Sekian, harap maklum. Terima kasih.
  
 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

 7/27/17 1:01 PM

 

16 Hisyam Husain

Tajuk Maklumbalas: Mencari Peluang Pekerjaan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Jika saya ingin mencari peluang pekerjaan bersama MAINPP, bagaimanakan caranya? Saya amat berminat ingin bekerja di dalam bidang berkaitan agama Islam. Terima kasih.

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 7/31/2017 4:23 AM  Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera, 

 Tuan,

Terima kasih atas emel yang diberikan. Untuk makluman tuan, jawatan kosong MAINPP akan diiklankan dalam laman sesawang MAINPP iaitu www.mainpp.gov.my dan setakat ini kekosongan jawatan masih tiada. Sehubungan itu, tuan boleh mengunjungi laman sesawang seperti yang dinyatakan tersebut.


Sekian, harap maklum. Terima kasih.

 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang  7/31/17 10:26 AM
17 Muhammad Afiq Danial

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan biasiswa

Kandungan Maklumbalas: Bagaimana memohon biasiswa majlis agama islam pulau pinang bagi pelajar kitab?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 7/31/2017 1:25 PM
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera, 
 
Tuan,
 Untuk makluman, MAINPP tidak menyediakan sebarang bantuan pelajaran namun demikian tuan boleh berhubung dengan Bah.Pendidikan JHEAIPP di talian 04 2637200 atau Zakat Pulau Pinang 04 5498088 untuk maklumat yang lebih terperinci.
Bahagian Pendidikan JHEAIPP & Zakat Pulau Pinang 7/31/17 2:15 PM
18 Mohammad Fauzul A'zim

Tajuk Maklumbalas: Soalan mengenai Bantuan Pendidikan IPT

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum..saya ingin bertanya mengenai status Bantuan Pendidikan IPT yang saya terima tahun lepas, setelah saya tersalah hantar keputusan peperiksaan ke Pejabat Zakat Perda...apakah langkah yang perlu saya lakukan setelah baru menyedari kesilapan ini untuk melayakkan saya menerima semula bantuan?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

8/24/17
3:04 PM

Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
 
Untuk menjawab status bantuan tersebut, tuan boleh berhubung dengan BAH. PENDIDIKAN JHEAIPP di talian  04 263 7200.
 
Sekian, terima kasih. 
 
 
Bahagian Pendidikan JHEAIPP  8/25/17 11:19 AM
19 Nurul Asyila Binti Mohd Yazed

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan mengenai bantuan pendidikan bagi kemasukan ke IPTA

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, boleh saya tahu adakah disediakan bantuan untuk pendidikan atau pinjaman pendidikan bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang ingin menyambung pelajaran ke IPTA?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 9/10/2017 4:59 PM
Assalamualaikum W.B.T
 
Cik Asyila, 
Untuk makluman, pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan atau pinjaman pendidkan namun
cik Asyila boleh berhubung terus dengan BAH. PENDIDIKAN JHEAIPP 04 2637200 untuk maklumat lanjut.
 
Sekian, terima kasih. 
BAH. PENDIDIKAN JHEAIPP 9/11/17 9:03 AM
20 Suhaila

Tajuk Maklumbalas: Kursus Haji & Umrah

Kandungan Maklumbalas: Tuan/Puan,
Bagaimana untuk saya dapatkan jadual Kursus Haji & Umrah yang di adakan sekitar Masjid di kawasan Air Itam, Pulau Pinang? Sekian, terima kasih.

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 10/10/2017 3:53 PM
Assalamualaikum W.B.T
 Puan,
Untuk makluman, jadual kursus tersebut disediakan oleh pihak masjid-masjid dan bukan disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pulau Pinang (JHEAIPP).
 
Sekian, terima kasih. 
- 10/11/17 11:33 AM