Taklimat ini telah diadakan pada 28 Mac 2017 (Selasa) di Bilik Guru, SMK (P) Al-Mashoor menggunakan pendekatan personal coaching . Kumpulan sasaran terdiri daripada guru-guru dan kakitangan pentadbiran sekolah yang datang ke ruang yang disediakan untuk pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Sesi ini telah menerangkan mengenai dana wakaf di Pulau Pinang, produk-produk dana wakaf dan kaedah sumbangan dana wakaf. Persoalan yang dikemukakan semasa sesi ini adalah peranan MAINPP dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan perbezaan antara kedua-dua jabatan. Borang potongan gaji telah diedarkan kepada guru-guru dan kakitangan yang berminat. Taklimat berakhir pada jam 11.00 pagi.