PT Sans | Reset
A A

Maklum balas 2023

Bil  Nama  Pertanyaan  Emel  Tarikh &
Masa Pertanyaan 
Maklum balas  Jabatan  Tarikh Maklum balas 
 1 Mohd Saeran B Yaacob

PERTANYAAN : KADAR FIDYAH

Kandungan Maklumbalas: Salam dan selamat tengahari. Boleh saya nak confirmkan tentang bayar fidyah.Jika beri makan 60 org fakir miskin , amount berapa ya untuk satu bungkus makanan tersebut ?

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

10/01/23 12:44 PM

Assalamualaikum W.B.T
 
 
Puan,

Untuk persoalan tersebut, boleh terus berurusan dengan Zakat Pulau Pinang di talian 04 549 8088.
 



Sekian, terima kasih. 
Zakat Pulau Pinang 10/01/23 13:34 PM
2  Basri Suhaimi

PERTANYAAN : ADUAN KETIDAKTELUSAN KELULUSAN PEMBINAAN RUMAH BANTUAN BAITULMAL PERLIS

Kandungan Maklumblas: 

Assalamualaikum.
TUAN,PUAN,

Saya merupakan salah seorang pekerja dalam menjalankan projek perumahan baitulmal di Perlis. Saya baru mendapat maklumat bahawa projek perumahan baitulmal yang berada di NO.16, JALAN SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TOK BANDAR, SERIAB, PERLIS telah diluluskan walaupun terdapat ketidaktelusan dalam projek tersebut.

1. Ketidaktelusan yang dilakukan adalah projek tersebut telah diluluskan walaupun terdapat PENIPUAN DALAM PERMOHONAN LOKASI RUMAH TERSEBUT AKAN DIBANGUNKAN. Lokasi yang sebenarnya dipersetujui bukanlah berada di tapak projek sekarang.

2. TANAH ATAU GERAN DI KAWASAN PROJEK DILANGSUNGKAN MASIH BELUM DILAKUKAN PEMECAHAN OLEH KELUARGA WARIS TANAH.
3. PERMOHONAN RUMAH TERSEBUT TELAH DITANDATANGANI OLEH BUKAN KELUARGA WARIS.

4. Hal tersebut merupakan kelalaian yang besar dan penipuan yang jelas. Oleh yang demikian, urusan pemasangan paip akan dilakukan dengan cara penipuan kerana pihak jabatan air tidak akan meluluskan jika tidak dikemukakan geran. Oleh itu bertambah lagi penipuan yang akan dilakukan dengan menggunakan harta baitulmal.

5. Projek tersebut telah siap 80% dan tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak baitulmal perlis.

6. Saya sebagai umat islam yang telah mendapat maklumat ketidaktelusan dalam pengurusan harta baitulmal ini merasa bersalah jika isu ini diabaikan sahaja. Tanggungjawab saya adalah untuk melaporkan aduan ini, semoga allah s.w.t melihat perjuangan kita.

7. Saya juga memohon agar rumah tersebut DIROBOHKAN dan pihak yang bertanggungjawab harus mengambil semula segala batu kerana setiap batu di rumah tersebut merupakan duit baitulmal yang digunakan atas dasar pernipuan. Tindakan merobohkan rumah ini dapat dijadikan pengajaran kepada umat-umat islam yang lain agar tidak memandang isu penipuan berkenaan harta baitulmal sebagai perkara yang boleh diperlekehkan.

8. Oleh yang demikian, saya merayu pada pihak tuan agar melakukan siasatan atau menegur pihak baitulmal perlis supaya merobohkan rumah tersebut. Teguran yang saya maksudkan ialah saya memohon jika pihak tuan mengenali mana-mana pihak atasan di baitulmal perlis agar maklumkan kepada mereka agar dirobohkan projek perumah tersebut.

9. Saya tidak mengarah pihak tuan dan jauh sekali memarahi tetapi aduan saya sebelum ini kepada mereka tidak dipandang serius dan rumah tersebut masih lagi berdiri teguh atas lantai penipuan dan menjadi LAMBANG PENIPUAN HARTA BAITULMAL.

10. Saya memohon maaf jika cadangan saya seperti mengarah pihak tuan. Pihak tuan lebih arif dalam menguruskan ketidaktelusan ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Saya berserah kepada pihak tuan agar ketidaktelusan ini tidak dipandang ringan lagi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Akhir kata, semoga rumah tersebut dapat dirobohkan kerana rumah tersebuh telah menjadi IKON DAN TUGU YANG MELAMBANGKAN KETIDAKTELUSAN PENGURUSAN HARTA BAITULMAL. Saya memohon maaf jika saya terkasar bahasa atau mengeluarkan kata arahan. Terima kasih kerana sudi membaca aduan saya dan saya berharap ianya akan dipanjangkan kepada pihak atasan dan pihak bertanggungjawab supaya tindakan yang tegas dapat diambil agar harta baitulmal secara telus digunakan mengikut landasan islam.

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 02/04/23 22:42 PM   
Assalamualaikum W.B.T
 
Tuan, 
 
Berdasarkan mesej ini, pihak pentadbiran mendapati ia tidak berkaitan dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Tuan boleh berhubung dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis untuk tindakan selanjutnya. 
 
Sekian, terima kasih.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

03/04/23 16:05 PM