logo mainpp

ANUGERAH PENCAPAIAN 5 BINTANG INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN

MAINPP  telah mencapai 5 bintang dalam Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan  bagi tahun 2016.

AI1
AI2 

Perarakan Maulidur Rasul 1439H

 

Pada 1 Disember 2017 bersamaan 12 Rabiul Awal 1439H, kakitangan MAINPP telah menyertai perarakan Maulidur Rasul yang bertempat di Bukit Panchor, Jawi. 

 

m1   m2
 m3  m5
 m6  m4

Program Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Negeri Pulau Pinang anjuran Sukarelawan, Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

Program Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Negeri Pulau Pinang anjuran Sukarelawan, Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) 

banjir5 banjir3
banjir1 banjir4
banjir2 banjir6

TAHNIAH KUMPULAN KIK MAINPP TAHUN 2017 (TECHNOVASI)

 

Kumpulan KIK  MAINPP bagi tahun 2017  telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat Negeri Pulau Pinang. Kumpulan Technovasi yang diketuai oleh Encik Shahril bin Shahrom, dan dianggotai oleh Encik Muhammad Nasir bin Haji Abdul Razak, Puan Nur Hafizah binti Zakaria, Puan Nur Azlinda binti Alias, Encik Muhamad Hafiz bin Abd. Mutalib, Puan Aiza Sapinar binti Abd Latiff, Encik Ahmad Zamir bin Ahmad Zaki, Encik Muhammad Azri bin Othman dan Encik Fadzil bin Mohamed.

Kumpulan ini mengetengahkan aplikasi pintar, myMAINPP  sebagai projek KIK bagi tahun 2017.  Aplikasi ini dibangunkan secara dalaman tanpa melibatkan sebarang kos telah digunapakai sejak Ogos 2016 dan boleh dimuat turun khususnya oleh masyarakat di negeri Pulau Pinang  melalui Apple Store, Windows Apps dan Play Store.  Inovasi ini menawarkan perkhidmatan berkaitan sumbangan Dana Wakaf, Penyewaan Premis, Penyemakan Akaun Penyewa dan Penyaluran Aduan kepada MAINPP melalui telefon pintar masing-masing. Dengan wujudnya aplikasi ini, ia memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan aduan secara cepat dan mudah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek KIK ini.

kik1   app1
 kik2 kik3 
 kik4