logo mainpp

PERJUMPAAN TUAN HAJI ZULKIFLI BIN LONG, SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) BERSAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAINPP

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Zulkifli bin Long atas lantikan sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Sebagai meraikan pelantikan tersebut, satu perjumpaan setiausaha dengan pegawai dan kakitangan MAINPP telah diadakan.

Berlangsung selama dua jam lebih, perjumpaan ini lebih kepada pembentangan dan fungsi setiap unit dan bahagian di MAINPP. Turut diselitkan sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman beliau yang pernah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan.

       s2   

    su3
 su1  

   
   

MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI-AHLI MAINPP OLEH D.Y.M.M SULTAN NAZRIN MUIZUDDIN SHAH, TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang baru-baru ini telah mencemar duli berangkat ke negeri Pulau Pinang bagi menyempurnakan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Majlis Agama Islam & Hakim Serta Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang.

Majlis gilang gemilang yang bertempat di Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang berlangsung selama dua jam dihadiri oleh sebahagian pegawai dan kakitangan seluruh agensi dan jabatan-jabatan kerajaan dan diserikan dengan kehadiran T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang serta YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Menteri 1.

Baginda turut bertitah supaya Majlis Agama Islam sewajibnya berfungsi sebagai sebuah dewan pemikiran dan pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Yang di-Pertuan Agong. Bukan itu sahaja, Majlis Agama Islam juga perlu berperanan sebagai jambatan penghubung antara umat Islam dengan raja pemerintah, antara umat Islam dengan kerajaan pilihan rakyat, dan antara umat Islam dengan warga bukan Islam.

Terdahulu, Sultan Nazrin tiba di masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah. Baginda bersama jemaah kemudian mendengar khutbah disampaikan mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Profesor Madya Dato’ Al-Ustaz Haji Ellias Haji Zakaria manakala solat Jumaat diimamkan Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

( Titah  D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong  pada majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli MAINPP)

 

 w22
 w11
watikah2  w55
 w4  watikah4