PT Sans | Reset
A A

Perutusan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setinggi–tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas segala rahmat dan berkatnyaa kita dapat berinteraksi di laman web  rasmi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Alhamdulillah kita telah masuk ke tahun baru, iaitu tahun yang penuh mencabar dengan kemajuan pesat dan perkembangan teknologi terkini.

Seiring dengan kemajuan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, aplikasi mudah alih yang dinamakan myMAINPP diwujudkan untuk memudahkan info dan maklumat disalurkan secara terus menerus dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Bukan itu sahaja, sejajar dengan wawasan pembangunan negeri iaitu Penang2030, iaitu meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, MAINPP mengambil insiatif dengan berkerjasama dengan beberapa pemaju perumahan sebagai contoh projek pembangunan hartanah di tanah wakaf Seetee Aisah 2 di Bandar Seberang Jaya yang melibatkan pembinaan 150 unit kediaman asnaf.

Tabung wakaf sumbangan masjid turut diwujudkan sebagai usaha murni dalam meningkatkan aset masjid. Keunggulan syiar Islam melalui kehebatan institusi masjid madani sudah pasti merujuk wakaf sebagai instrumen kehidupan umat Islam yang kekal hingga ke akhirat. Ketika keterbatasan sektor kerajaan dan swasta dalam menambah dan membangunkan aset umat Islam, wakaf perlu digerakkan secara kreatif demi survival ummah.

Laman web rasmi ini merupakan satu saluran penyebaran maklumat secara elektronik yang boleh diakses dengan cepat, mudah dan telus. Melalui laman web ini juga MAINPP menyediakan pelbagai perkhidmatan atas talian (online) bagi mencapai visi iaitu menjadi menjadi sebuah institusi yang unggul berteraskan konsep muamalah Islam demi kesejahteraan ummah.

Akhir kata, kita sangat mengalu–alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada semua pihak dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan di laman ini.

Sekian, wasalam.

YB. DATO' IR. HJ. AHMAD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Yang Dipertua
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

offcanvas