Ceramah Sempena Maulidur Rasul Yang Disampaikan Oleh YBhg. Dato' Dr. Danial Bin Haji Zainal Abidin

Kehadiran figura hebat ini sememangnya dinanti-nantikan oleh warga Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Merupakan seorang pakar motivasi terkenal dan pernah muncul di beberapa program antaranya Halaqah, Muqaddimah dan Tanyalah Ustaz di TV9. Bukan itu sahaja, beliau juga dilantik sebagai salah seorang Ahli MAINPP. Beliau adalah YBhg. Dato' Dr. Danial bin Haji Zainal Abidin.

Kesudian beliau meluangkan masa bersama warga MAINPP untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Cermin Diri Rasulullah’ amatlah dihargai.  Secara keseluruhannya, kehebatan Rasulullah S.A.W dalam semua aspek sama ada keimanan, kepimpinan ataupun akhlak tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di muka bumi ini.  Semoga kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dapat menghayati perjuangan dan mengikuti jejak langkah Baginda dalam segenap aspek.

dz2 dz3
 123421141 3931044840256895 4523653576404611559 n