Majlis Ringkas Penyampaian Sumbangan Hasil Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Selesai sudah majlis ringkas Penyampaian Sumbangan Hasil Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi menggantikan acara tahunan Hari Wakaf Pulau Pinang.

Acara berskala kecil yang diadakan di Masjid Kapitan Keling ini hanya melibatkan beberapa buah masjid (benefisiari wakaf) telah disempurnakan oleh YB. Dato ' Ir Hj Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP.

Antara penerima sumbangan tersebut tuan rumah majlis iaitu Masjid Kapitan Keling,  Masjid Alimsah Walley, Masjid Sungai Nibong Besar, Masjid Baru Permatang Tinggi dan Masjid Mengkuang Titi.

hw206 hw203
hw204 hw205
hw201 hw202