Taklimat Pembangunan Hartanah Wakaf Di Pulau Pinang & Majlis Penyerahan Bantuan Musa’adah Covid 19 Oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 

Penghuni-penghuni di Pangsapuri Wakaf An-Nur, Teluk Air Tawar tersenyum riang dan merasa gembira kerana YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir untuk majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan beberapa agensi kerajaan lain antaranya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Takwa Wilayah Persekutuan dan Zakat Pulau Pinang.

Majlis yang dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan wakaf di Pulau Pinang yang disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha MAINPP. Sebelum itu, ucapan aluan oleh YB. Dato' IR. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Yang Dipertua MAINPP.

YB Menteri turut dibawa melawat kediaman salah seorang penghuni di situ.

Pada masa yang sama, majlis Sumbangan #MusaadahCOVID19 yang diuruskan oleh JAWHAR, YaPEIM dan YTWP turut disampaikan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan di kawasan sekitar.

 

 WEBSITE1 WEBSITE2 
 WEBSITE8  WEBSITE5
WEBSITE7  WEBSITE9

SERAHAN PPE KEPADA HOSPITAL SEBERANG JAYA

Sebanyak 100 helai PPE yang telah dijahit oleh asnaf ZPP di Bengkel Jahitan Tasek Gelugor telah diserahkan kepada Hospital Seberang Jaya sebentar tadi.
Dalam masa terdekat bengkel jahitan akan menyiapkan lagi baki PPE untuk diserahkan kepada hospital kerana ketika ini pihak hospital memerlukan 500 helai PPE bagi membantu mereka menghadapi situasi semasa.
*SumberIhsanZakatPulauPinang
 
IMG 3016   
 IMG 3018  
   
 
 
 

 

TABUNG WIRA

Sebagai menghargai jasa & pengorbanan kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membantu melawan wabak Covid19 , Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama institusi masjid dan insan prihatin mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung Wira Negara.

Sumbangan boleh disalurkan seperti poster di bawah ini.

 

tabungwira

             

 

 

 

 

Sesi taklimat ringkas dan perbincangan dua hala antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Delegasi dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diketuai oleh Encik Mohd Rizalman bin Syed-Penolong Setiausaha Bhg.Pembangunan Sumber Manusia manakala Puan Selamah binti Abdullah Penolong Pegawai Tadbir Bah.Pentadbiran dan Sumber Manusia, mewakili MAINPP untuk menyampaikan taklimat ringkas.