MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN & MEMORANDUM KERJASAMA

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PAJAKAN PEMBINAAN HOSPITAL ISLAM PULAU PINANG DI ANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG DENGAN YAYASAN ISLAM PULAU PINANG

SERTA

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA DI ANTARA ZAKAT PULAU PINANG DENGAN KHALAZ INSPIRED SDN. BHD.

Hasrat untuk mendirikan Hospital Islam Pulau Pinang yang terletak di Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru, dengan keluasan 2.54 ekar tanah wakaf bakal terlaksana dengan adanya Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Pembinaan Hospital Islam Pulau Pinang Di Antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Dengan Yayasan Islam Pulau Pinang. Berkonsepkan hospital patuh syariah, ia merupakan hospital Islam pertama di utara dan bercirikan wakaf dan zakat.

Pada masa yang sama, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Di Antara Zakat Pulau Pinang Dengan Khalaz Inspired Sdn. Bhd. Fokus utama usahasama ini adalah untuk mencari dan melatih usahawan asnaf yang berkelayakan untuk menceburi perniagaan secara dalam talian.

Zakat Pulau Pinang, anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang akan menyediakan fasiliti bagi tujuan latihan kepada golongan asnaf yang berjaya terpilih dan berkelayakan untuk mengikuti program ini dan syarikat Khalaz Inspired Sdn Bhd akan melatih peserta-peserta yang terpilih ini untuk mengikuti kursus perniagaan secara dalam talian. Bakal usahawan asnaf juga akan dilengkapi dengan kemahiran bagi kendalikan perniagaan secara dalam talian melalui penggunaan aplikasi seperti Facebook Exchange (FBX), Instagram & Google.

 

mou1  mou2 
 mou3  

Cetak