logo mainpp

LAWATAN KEBAJIKAN DI KEDIAMAN L/KPL MUHAMAD ALIFF

 

Sebagai menghargai pengorbanan & jasa beliau sewaktu menyertai Ops Roboh di Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Tuan Hj Fakhruddin B. Abd Rahman bersama-sama dua orang pegawai MAINPP telah sudi meluangkan masa untuk melawat L/Kpl Muhamad Aliff B. A Rahman, anggota Balai Polis Tasek Gelugor di kediaman beliau. Turut serta pada lawatan tersebut YDH Supt. Siti Nor Salawati Bt Saad (Tim. KPD SPU).

L/Kpl Muhamad Aliff telah mengalami kecederaan ligamen terkoyak dan bengkak lutut kiri akibat dipijak oleh perusuh semasa bertugas mengawal keadaan pada 7 Mac 2019 . Sebelum kejadian ini, kaki kiri beliau pernah menjalani pembedahan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan..
Jasa kalian amat kami sanjungi!

pwac1   pwac2

Cetak