logo mainpp

Sesi Menandatangani Surat Akuan Terimaan Tawaran & Perjanjian Sewaan Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajjah Norijah

 

Para pemohon yang telah lulus ditemuduga untuk sewaan di Pangsapuri Wakaf Siti Dan Hajjah Norijah (JAWHAR-MAINPP) Sungai Nibong telah menerima surat tawaran daripada MAINPP hari ini.

Bakal-bakal penyewa premis kediaman wakaf ini telah diberikan taklimat ringkas berhubung prosedur sewaan, menandatangani surat akuan terimaan tawaran dan perjanjian sewaan dan seterusnya menjelaskan bayaran deposit sewaan yang diperlukan. Sekiranya kesemua proses siap disempurnakan, para penyewa ini dijadualkan untuk menerima kunci premis kediaman dalam masa beberapa hari lagi dan seterusnya dapat tinggal di Pangsapuri Wakaf Siti Dan Hajjah Norijah ini.

WhatsApp Image 2019 04 08 at 1.05.24 PM   WhatsApp Image 2019 04 08 at 1.05.25 PM 1
 WhatsApp Image 2019 04 08 at 1.05.27 PM  WhatsApp Image 2019 04 08 at 1.05.28 PM 1
 WhatsApp Image 2019 04 08 at 1.05.28 PM  

Cetak