KLINIK WAQAF AN-NUR PULAU PINANG KINI DIBUKA SECARA RASMI

 

Penduduk setempat khususnya sekitar Seberang Jaya kini boleh menikmati perkhidmatan rawatan kesihatan serendah RM5.00 bagi setiap kali rawatan termasuk ubat-ubatan di Klinik Waqaf An-Nur Pulau Pinang yang dibina di perkarangan Masjid Seberang Jaya.

Dengan mengamalkan konsep memberikan rawatan perubatan dan perundingan kepada orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa, rawatan yang dijalankan disini termasuklah rawatan asas seperti demam, selesema, sakit perut, batuk dan sebagainya.

Baru-baru ini bertempat di perkarangan masjis tersebut telah diadakan majlis perasmian klinik ini. Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. HJ. Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan disaksikan oleh Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Puan Jasimah Hassan, Pengarah Eksekutif - Operasi Perniagaan, Teknologi & Perkhidmatan Klinikal, KPJ Healthcare Bhd serta Dato’ Haji Abdul Malik bin Abdul Kassim selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan juga YB Dr. Afif Bin Bahardin, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar Dan Kesihatan.

Majlis pelancaran pembukaan ini bertujuan bagi memperkenalkan satu lagi perkhidmatan kebajikan dan tanggungjawab sosial yang telah dibangunkan oleh pihak KPJ Penang Specialist Hospital dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Waqaf Johor Corporation

Beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, diharapkan dengan wujudnya klinik ini dapat memberikan satu lagi alternatif untuk penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

 

IMG annur   IMG 7425
 IMG 7442  IMG 7468
   

Cetak