Majlis Cerapan Hilal Rasmi Ramadan 1440H/2019

 

YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Dipertua MAINPP telah menghadiri Majlis Cerapan Hilal Rasmi Ramadan 1440H/2019 pada 5 Mei 2019 bertempat di Pusat Falak Syeikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri, YB. Tuan Haji Mohd. Tuah bin Ismail (ADUN Pulau Betong merangkap Ahli MAINPP) dan Tuan Haji Zulkifli bin Long (Pengarah JHEAIPP).

Majlis tersebut dimulakan oleh ucapan aluan daripada YBhg. Dato’ Seri Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang diikuti oleh Taklimat Kenampakan Hilal Ramadan 1440H oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz (AJK Rukyah Negeri Pulau Pinang). Majlis diteruskan lagi dengan Cerapan Hilal Ramadan 1440H, Solat Maghrib dan Pengisytiharan Kenampakan Hilal Ramadan 1440H oleh YBhg. Dato’ Seri Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

WhatsApp Image 2019 05 13 at 10.43.00  WhatsApp Image 2019 05 13 at 10.43.01 2
 WhatsApp Image 2019 05 13 at 10.43.01 1  WhatsApp Image 2019 05 13 at 10.43.01

Cetak