Sambutan Hari Raya Warga MAINPP

Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan MAINPP yang bertungkus lumus tidak kira waktu dan ketika dalam menjayakan jamuan ini. Tidak dilupakan kepada Zakat Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang yang turut memeriahkan jamuan kali ini. Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Zulkifli bin Long, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha di MAINPP serta YBhg.Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua MAINPP kerana sudi meluangkan masa hadir ke majlis istimewa ini.

Julung-julung kalinya jamuan anjuran MAINPP ini diadakan di puncak bangunan dan bertemakan beraya di desa. Bukan itu sahaja, pertandingan di antara gerai-gerai makanan turut diadakan antaranya gerai sup tulang, laksa, kuih muih, sate, ais kacang, kambing golek, rojak buah, pasembur serta ketupat lemang.

raya1   raya2q
 raya3  raya4
 raya5  raya6
 raya7  raya8
 raya9  raya10q
 raya11q  raya12q
 raya13q  raya14q

Cetak