MAJLIS PENGISYTIHARAN KEBENARAN MENGADAKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU PANGKALAN UDARA, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) BUTTERWORTH

 

Surau Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, telah diisytiharkan sebagai surau yang dibenarkan untuk diadakan Solat Jumaat. Majlis Pengisytiharan Kebenaran Mengadakan Solat Jumaat telah diadakan pada 5 Julai 2019.Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Norzli bin Haji Mat, Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Utara  diikuti dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).   Usai azan Zohor berkumandang, YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di surau tersebut selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Seterusnya khutbah Jumaat disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Yusof bin Bakar, Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang dan diikuti dengan solat Jumaat yang diimamkan oleh Kapten Omar bin Salleh, Pegawai Agama Pangkalan. Majlis turut dihadiri Tuan Haji Shamsul Bahar bin Abd. Rani, Pengurus Baitulmal MAINPP berserta pegawai-pegawai dari MAINPP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) serta Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) telah diraikan oleh Brig. Jen. Rozainy bin Ahmad Rapiee@Ahmad Rofie, Komander Pangkalan Udara Butterwoth bersama para pegawai dan anggota TUDM Butterworth.

 tu3  tu2
 tu4  tu5

 

Cetak