MAJLIS PENYERAHAN KOMPLEKS LEBUH BUCKHINGHAM KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP)

 

Majlis ini telah dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Pulau Pinang pada 17 September 2019 yang bertempat di ruang legar Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada YBhg. Dato. Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di atas kesudian beliau mewakili MAINPP dan Tuan Shah Zulmizan bin Safar, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA mewakili MARA Negeri untuk menyempurnakan majlis ringkas ini. Untuk makluman, kompleks ini dibina oleh MARA pada 18 November 1985 yang mempunyai 46 unit lot dengan tempoh pajakan di atas tapak milik MAINPP selama 34 tahun dan dibiaya sepenuhnya oleh MARA. Bangunan ini merupakan faedah kepada Wakaf Kapitan Keling.

 mara3  mara2
 WhatsApp Image 2019 09 17 at 1.09.55 PM 1  mara4

Cetak