MAJLIS PERASMIAN & PECAH TANAH PROJEK WAKAF SEETEE AISAH 2, PULAU PINANG & MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BAGI PEMBIAYAAN AKHIR PROJEK TANAH WAKAF

 

 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama UDA Holdings Berhad telah mengadakan usahasama pembangunan melalui projek Wakaf Seetee Aisah 2. Projek pembangunan bercampur ini mengandungi skim perumahan Tiga Puluh (30) unit teres Tiga (3) tingkat, Empat Ratus Dua Puluh Dua (422) unit kos sederhana dan Seratus Lima Puluh (150) unit kos rendah. Sebanyak Seratus Lima Puluh (150) unit kos rendah ini telah dirancang untuk diperuntukkan kepada golongan asnaf dan B40 selaras dengan fokus perancangan dan dasar perumahan yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan.

Di samping unit-unit perumahan, projek ini juga akan menyediakan kawasan gerai peniaga serta sebuah Menara MAINPP yang bakal menjadi ikon pembangunan wakaf di negeri ini. Perancangan pembangunan yang dilaksanakan ini meskipun berasaskan konsep usaha sama atau musyarakah antara MAINPP dan UDA Holdings Berhad, namun objektif pembangunan masih lagi mengambil kira kemaslahatan ummah di samping memelihara amanah pewakaf seperti yang digariskan.

Sebuah Menara MAINPP akan didirikan yang mana akan menempatkan ibu pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP). Peranan zakat sangat penting apabila ia dirujuk sebagai tunjang kepada struktur sistem ekonomi Islam dalam membangunkan sosio-ekonomi masyarakat secara komprehensif. Peruntukan sejumlah 150 unit rumah kos rendah merupakan kombinasi antara dua elemen wakaf dan zakat ini akan menggabungkan dua sumber kekuatan MAINPP bagi kesejahteraan kehidupan masyarakat Islam di negeri ini.

Turut diselitkan Pelancaran Peladang Nanas Asnaf Zakat Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan terhadap kumpulan sasaran iaitu golongan asnaf. Bertujuan untuk membina sikap daya saing dalam usaha menjana pendapat lumayan di kalangan asnaf melalui sumber zakat dan wakaf dengan visi dan misi agar mereka dapat keluarkan diri mereka dalam kelompok asnaf sekaligus menjadi pembayar zakat suatu hari kelak. Program ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dirancang bagi membantu golongan asnaf melalui perkhidmatan teknikal dan bantuan fizikal ke peringkat pasaran dan pemasaran secara lebih kreatif dan inovatif.

Majlis yang penuh bersejarah ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir sama Yang Berhormat Dato' Dr. Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

 70421525 2850760891618634 1989856097673936896 n  71277756 2850760748285315 137838982430982144 n
69841540 2850760811618642 967835137435762688 n   71024678 2850760958285294 1668818532227350528 n
70429001 2850760978285292 536876980788789248 n  70593318 2850761064951950 3416709508318101504 n

Cetak