Sesi Cabutan Undi Tawaran Rumah Ganti - Pangsapuri Wakaf An-Nur, Teluk Air Tawar

Pada 15 Disember 2019 bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Teluk Air Tawar telah diadakan sesi cabutan undi tawaran rumah ganti rumah iaitu Pangsapuri Wakaf An-Nur, Teluk Air Tawar.

Sebahagian penduduk tanah wakaf Jalan Mengkuang telah hadir untuk sesi cabutan undi ini. Taklimat berkaitan pangsapuri disampaikan oleh Encik Ahmad Hakimi bin Mohd Sabri, Jurutera Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf dan seterusnya disusuli dengan proses mencabut undi yang dikendalikan oleh Encik Shahril bin Shahrom, Pegawai Tadbir Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis.

Sesi cabutan yang mengambil masa selama lebih kurang tiga jam ini diakhiri dengan ucapan serba ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Fakhruddin bin Abd. Rahman, Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf.

 ur2 ur3 
 ur4  ur5
 ur1  ur6

Cetak