Taklimat Pembangunan Hartanah Wakaf Di Pulau Pinang & Majlis Penyerahan Bantuan Musa’adah Covid 19 Oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Penghuni-penghuni di Pangsapuri Wakaf An-Nur, Teluk Air Tawar tersenyum riang dan merasa gembira kerana YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir untuk majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan beberapa agensi kerajaan lain antaranya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Takwa Wilayah Persekutuan dan Zakat Pulau Pinang.

Majlis yang dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan wakaf di Pulau Pinang yang disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha MAINPP. Sebelum itu, ucapan aluan oleh YB. Dato' IR. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Yang Dipertua MAINPP.

YB Menteri turut dibawa melawat kediaman salah seorang penghuni di situ.

Pada masa yang sama, majlis Sumbangan #MusaadahCOVID19 yang diuruskan oleh JAWHAR, YaPEIM dan YTWP turut disampaikan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan di kawasan sekitar.

 

 WEBSITE1 WEBSITE2 
 WEBSITE8  WEBSITE5
WEBSITE7  WEBSITE9

Cetak