MAJLIS PERASMIAN WAD PESAKIT TERLANTAR DARUL HANAN

Wad pesakit terlantar merupakan sebuah lagi perkhidmatan perlindungan dan penjagaan warga emas yang diwujudkan di Rumah Kebajikan Darul Hanan, Pongsu Seribu, Kepala Batas. Wad ini mempunyai kapasiti kemudahan 30 katil dengan memperuntukkan 15 untuk warga emas golongan asnaf, manakala selebihnya untuk kategori warga emas yang mampu bayar bagi menampung kos operasi jagaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Jagaan 24 jam, khidmat fisioterapi, Quran time, pengisian rohani, penyediaan makan dan  minum serta dobi. Manakala penjagaan warga emas terlantar akan dijalankan oleh kakitangan terlatih yang dilantik.
Juga dimaklumkan kemudahan katil di wad pesakit terlantar adalah hasil kutipan dana wakaf yang dijalankan secara kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebanyak RM41,265.00 telah berjaya dikumpul bagi membeli kemudahan  berkenaan. Pihak Darul Hanan mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pewakaf yang telah merealisasikan hasrat Darul Hanan mewujudkan wad pesakit Darul Hanan.

 

 888fc55e 42fc 44ff a355 cfe9b84c90c4  53671cf5 d045 42cb 95af e6f04f5f841b
 13f0e991 9976 49d8 9814 00bfec1ffcef  b4657f2d 4984 4cd6 acba da674b6a8cff
 4e755f41 7d0d 4b50 b5e9 7a3fa1daf3fb  

 

Cetak