KURSUS PENGURUSAN PUSAKA DAN FARAID

Kursus Pengurusan Pusaka Dan Faraid
yang disampaikan oleh
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan

Kursus ini diadakan selama satu hari iaitu pada 19 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Antara penceramah yang hadir untuk menyampaikan taklimat tersebut ialah :-
Tuan Haji Muhammad Mohaizan bin Abdullah
Pengarah JKPTG serta Puan Dayang Suhana binti Omar

68622913 2786867348007989 5435081070691221504 n   68617806 2786867184674672 4736851471490875392 n
 69583129 2786867324674658 1393423378076925952 n  69445435 2786867441341313 2763153534705729536 n
 69003560 2786941468000577 5735290037617033216 n  69136418 2786941491333908 3178989025604141056 n

TAKLIMAT TABUNG WAKAF SUMBANGAN MASJID BERSAMA QARYAH MASJID DAERAH BARAT DAYA

Antara program yang dijalankan pada 21/08/2019 ialah Taklimat Tabung Wakaf Sumbangan Masjid bersama Qariyah Masjid Daerah Barat Daya, Masjid Daerah Barat Daya.
Panel-panel yang hadir ialah Ustaz Husni bin Zulkifli, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau,JHEAIPP
Tuan Haji kamal bin Haji Said dan En.Mohd Fazly bin Mohd Zaki, kedua-duanya Pegawai Tadbir di MAINPP 
serta YBhg Ustaz Rhafoor ,Ahli MAINPP.
 
04eaed58 e70b 48a3 9a9e 57680fbdec2f  049c2cea cdcd 4bde ae7f 4a11da9c27da 

MAJLIS PENGISYTIHARAN KEBENARAN MENGADAKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU PANGKALAN UDARA, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) BUTTERWORTH

 

Surau Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, telah diisytiharkan sebagai surau yang dibenarkan untuk diadakan Solat Jumaat. Majlis Pengisytiharan Kebenaran Mengadakan Solat Jumaat telah diadakan pada 5 Julai 2019.Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Norzli bin Haji Mat, Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Utara  diikuti dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).   Usai azan Zohor berkumandang, YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di surau tersebut selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Seterusnya khutbah Jumaat disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Yusof bin Bakar, Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang dan diikuti dengan solat Jumaat yang diimamkan oleh Kapten Omar bin Salleh, Pegawai Agama Pangkalan. Majlis turut dihadiri Tuan Haji Shamsul Bahar bin Abd. Rani, Pengurus Baitulmal MAINPP berserta pegawai-pegawai dari MAINPP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) serta Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) telah diraikan oleh Brig. Jen. Rozainy bin Ahmad Rapiee@Ahmad Rofie, Komander Pangkalan Udara Butterwoth bersama para pegawai dan anggota TUDM Butterworth.

 tu3  tu2
 tu4  tu5

 

Sambutan Hari Raya Warga MAINPP

Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan MAINPP yang bertungkus lumus tidak kira waktu dan ketika dalam menjayakan jamuan ini. Tidak dilupakan kepada Zakat Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang yang turut memeriahkan jamuan kali ini. Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Zulkifli bin Long, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha di MAINPP serta YBhg.Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua MAINPP kerana sudi meluangkan masa hadir ke majlis istimewa ini.

Julung-julung kalinya jamuan anjuran MAINPP ini diadakan di puncak bangunan dan bertemakan beraya di desa. Bukan itu sahaja, pertandingan di antara gerai-gerai makanan turut diadakan antaranya gerai sup tulang, laksa, kuih muih, sate, ais kacang, kambing golek, rojak buah, pasembur serta ketupat lemang.

raya1   raya2q
 raya3  raya4
 raya5  raya6
 raya7  raya8
 raya9  raya10q
 raya11q  raya12q
 raya13q  raya14q