Pada 25 Februari 2017, bertempat di pantai Batu Ferringhi telah diadakan Hari Keluarga Kakitangan MAINPP. Program berkenaan telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anggota MAINPP(BKAM). Seramai 25 keluarga yang mengikuti program tersebut. Ia diserikan dengan acara sukaneka untuk anak-anak kakitangan MAINPP serta acara cabutan bertuah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin di antara kakitangan MAINPP serta ahli keluarga.