Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Kubang Ulu, Penanti yang baru siap dibina oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU JPM). Masjid ini mula dibina pada Mei 2016 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 2018.
Majlis menandatangani dokumen penyerahan tersebut ditandatangani antara YBhg. Dato Syed Shaari Syed Abdullah selaku Pegawai Kemajuan Negeri dan Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Haji Fakhruddin bin Abd Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Masjid dua tingkat ini mampu memuatkan seramai 1100 jemaah. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan bilik mesyuarat, bilik imam, bilik pengurusan jenazah, kipas angin gergasi beserta lain-lain kelengkapan. Selain itu, ruang solat masjid ini juga turut dilengkapi penghawa dingin, seni kaligrafi dan kamera litar tutup hasil sumbangan pihak Qaryah.