Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia

Bahagian ini menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian/unit lain di dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia termasuk perkhidmatan pembangunan organisasi, pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat, pengurusan tatatertib serta keperluan latihan.

Di samping itu, bahagian ini akan menyelaras dan memberikan khidmat sokongan kepada bahagian/unit bagi menjamin kelicinan aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Bahagian ini juga turut berperanan memastikan sikap dan etika kerja yang bersesuaian dengan fungsi dan peranan MAINPP.