Unit Pengurusan Dana Wakaf

Amalan berwakaf merupakan suatu ibadah menyerahkan harta yang dimiliki untuk dimanfaatkan oleh umat Islam dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat, amalan berwakaf merupakan ibadah yang berbentuk ‘sedekah jariah’ yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya. Amalan ini  sangat dituntut dalam mencari cinta dan redha Allah.

Jaminan pahalanya berterusan kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dapat dimanfaatkan. Kedudukan harta wakaf kekal sebagai hak Allah S.W.T. menjadikan harta waqaf begitu eksklusif sehingga tidak boleh dijual beli, diwarisi/dipusakai dan  dihibah.

Justeru, Unit Pengurusan Dana Wakaf berperanan memupuk amalan berwakaf di kalangan umat Islam di negeri ini untuk menambah saham akhirat. Melalui program mempromosi kutipan dana wakaf, penganjuran Hari Wakaf Pulau Pinang, mengadakan kerjasama kutipan dana wakaf dengan institusi masyarakat serta berkerjasama dengan Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. (WPPSB) dengan menyertai pameran anjuran pelbagai pihak, dana wakaf MAINPP menjadi platform masyarakat untuk menyuburkan semangat berinfaq.