Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf

Sebagai pemegang amanah bagi harta wakaf di Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertanggungjawab untuk membangun dan menguruskan harta wakaf sama ada harta alih atau harta tidak alih selain menjalankan pelaburan, penyelidikan dan penguatkuasaan terhadap harta yang diserahkan oleh MAINPP.

Unit Pembangunan Hartanah Dan Harta Wakaf berperanan menjalankan kajian serta merancang pembangunan hartanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berlandaskan hukum syarak. Antara projek-projek yang berjaya dilaksanakan adalah pembangunan Wakaf Seetee Aisah yang terletak di Seberang Jaya dan Pangsapuri Wakaf An-Nur Teluk Air Tawar di Teluk air tawar. Kedua-dua projek ikonik wakaf ini telah dilihat memberi impak positif kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

Di samping itu, unit ini turut melaksanakan proses pendaftaran mengawal selia hartanah dan menyenggara data hartanah MAINPP.