Objektif Unit Pentadbiran Tanah MAINPP merangkumi semua aspek berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran tanah untuk dilaksanakan secara cekap dan berkesan sebagai mana berikut:
- Melaksanakan proses pendaftaran dan pengurusan hartanah wakaf dan baitulmal MAINPP dengan teratur, kemaskini dan sempurna.
- Mengenal pasti dan menyimpan selamat dokumen-dokumen wakaf dan baitulmal MAINPP.
- Mengenal pasti persempadanan tanah wakaf dan baitulmal milik MAINPP.
- Memastikan pengurusan hartanah wakaf dan baitulmal MAINPP diuruskan secara bersistematik berlandaskan hukum syarak dan menepati prinsip-prinsip akauntabiliti.
- Memastikan pengurusan dan pentadbiran tanah MAINPP dilaksanakan dengan efesien mengikut nilai urus tadbir yang baik.